Live Permatang Pauh: Kemenangan Rakyat!

Tuesday, 26 August 2008 • Kategori: Berita Utama, P44 Permatang Pauh

11 Malam: Masih kemaskini. Keputusan rasmi Dun Penanti. Sila rujuk disini

10 Malam: Keputusan rasmi: Anwar Ibrahim menang dengan majoriti 15,579. Anwar mendapat undi 31,195, Arif Shah dari BN, 15,524 dan Calon Akim, Hanafi Mamat 92.

8.20 Malam: Adil Alert: Keputusan tidak rasmi Anwar menang dengan majoriti 17,652. Undi untuk Anwar ialah,31,94, BN 14297 dan AKIM74

8.15 Malam: Anwar mendahului 12,161 undi daripada 18 JDM. 10 lagi JDM masih lagi belum dikira.

8.00 Malam: Keputusan tidak rasmi Seberang jaya majoriti Anwar 3,150, permatang pasir, majoriti, 7,623.

7.30 Petang: Keputusan tidak rasmi bagi keseluruhan Dun Penanti, Anwar memenangi majoriti 3726. Keputusan penuh KeADILan 7763 BN 4037 dan Akim 25. Pengiraan tidak termasuk 1 lagi saluran yang akan dikemaskini kemudian.

7 Petang: Dimana penyokong Barisan Nasional? Tidak ada seorang penyokong BN berada di pusat pengiraan undi. Di padang yang menempatkan Pakatan Rakyat, tidak ada ruang kosong yang nampak!

6.30 Petang: Keputusan tidak rasmi:

DUN Penanti

  • JDM Penanti: KeADILan 2870, BN 1265
  • JDM Mukim 9 Tanah Liat: KeADILan 270, BN 108

Lagi keputusan lihat disini

6.25 Petang: 110 Saluran undi ditutup secara rasmi pada jam 5 petang. Laporan tidak rasmi melaporkan bilangan keluar mengundi ialah 38,144 orang iaitu sebanyak 65.25 peratus keluar mengundi. Walaubagaimanpun ianya adalah tidak rasmi. Keputusan rasmi akan keluar akan diketahui jika semua ketua-ketua tempat mengundi menyerahkan penyata borang 14 dan undi pos borang 15.

Penyokong pakatan mula dibenarkan masuk ke kawasan padang pada jam 6.25 petang.

6.00  Petang: Gobalakrisnan ditahan bersama anak

PERMATANG PAUH, 26 OGOS (SK)- Ahli Parlimen Padang Serai, Gobala Krisnan ditahan bersama dua orang anaknya kerana menahan bas-bas yang membawa pengundi hantu.

Dua anaknya itu, Arvind, 20, dan Pravin, 23, bersama isteri Vasanti, berumur 40+  turut dipukul anggota polis kerana memukul polis.

Menurut Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, isteri beliau turut di tendang dan dan dipukul dengan cota.

Manikavasagam dalam perjalan ke Balai Polis untuk mendapatkan penjelasan dari pihak polis.
5.50 Petang: Sehingga kini, tiada lagi kertas undi yang masuk ke pusat pengiraan undi
5.40 petang: Jalan ke Tuanku Bainun mula sesak
5.20 Petang: Difahamkan polis telah melakukan sekatan jalan di jalan-jalan yang menghala ke Maktab Perguruan Tuanku Bainun, di Mengkuang
5.00 Petang: Proses pembuangan undi tamat, difahamkan 80% keluar mengundi