Jumaat, 21 November 2008

DNA:Kerajaan takut dengar suara rakyat, MP Pakatan keluar dewan

Khamis, 28 Ogos 2008 • Kategori: Berita Utama, Nasional, Parlimen

PARLIMEN, 28 OGOS (SK) - Untuk pertama kali selepas 10 tahun, Anwar kembali bersuara didalam Dewan Rakyat dan mengutuk tindakan pemerintah yang rakus untuk menggunakan kuasa dan mempergunakanya untuk tujuan politik.

“Rang undang-undang ini dibantah semua termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan pakar berkaitan, tapi dipersutujui oleh orang politik yang rakus. Ternyata kerajaan dan kabinet hari ini takut benar dengan suara rakyat,” katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika bangun mencelah perbahasan Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) petang ini.

Dalam perbahasan rang undang-undang berkenaan, Menteri Dalam negeri Syed Hamid Albar dikritik hebat oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kerana keengganan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa pilihan untuk mengkaji “kecacatan” dalam rang undang-undang DNA.

Menteri berkenaan berkeras bahawa jawatankuasa pilihan tidak perlu ditubuhkan untuk mengkaji rang undang-undang tersebut.

Sehinggakan, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali memberikan kata dua kepada Syed Hamid sama ada iya atau tidak.

Azmin Ali turut melahirkan rasa sedih kerana Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang juga berada di dewan hanya duduk berdiam diri dengan melihat tindak tanduk menterinya itu.

Selepas itu, Timbalan Speaker, Wan Junaidi Tuanku Jaffar mencelah bahawa beliau akan meneruskan prosiding untuk mendapatkan kelulusan bagi bacaan kedua rang undang-undang tersebut yang telah mengakibatkan Anwar dan semua ahli Parlimen Pakatan bertindak keluar dewan sebagai tanda protes.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.