Himpunan keluarga merdeka Sabtu ini

Jumaat, 29 Ogos 2008 • Kategori: Berita Utama, Jadual & Program, Nasional, Wanita

KUALA LUMPUR 29 OGOS (SK) - Sempena bulan kemerdekaan, satu himpunan yang bertemakan Himpunan Keluarga Merdeka 2008 akan dianjurkan di 29 Ogos ini.

Bertempat di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, majlis yang dianjurkan oleh Wanita KeADILan turut meraikan kemenangan rakyat selepas kejayaan Anwar Ibrahim dilantik kembali sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Himpunan itu juga akan menyaksikan pengiktirafan keatas jasa-jasa Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan penganugerahan Tokoh Serikandi Rakyat di atas sumbangan beliau kepada perjuangan reformasi dan rakyat.

Selain Anwar dan Dr Wan Azizah, Ketua Wanita KeADILan yang juga Ahli Parlimen Ampang, Saifuddin Nasution Ismail dan Dr Tan Yee Kew akan turut hadir di dalam majlis ini.

Semua rakyat dijemput hadir ke himpunan ini, majlis akan bermula pada jam 3 petang.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.