Parlimen Pensiangan: Mahkamah batal kemenangan Joseph Kurup

Isnin, 8 September 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional

Oleh Syafiq Sunny

KOTA KINABALU, 9 SEPTEMBER (SK) - Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan kemenangan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Joseph Kurup bagi kerusi P182 Pensiangan.

Pada pilihanraya Mac lepas, Joseph yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, memenangi kerusi itu tanpa bertanding.

25 Julai lalu, Mahkamah Pilihanraya Sabah telah menolak bantahan awal oleh Joseph  bagi membatalkan petisyen KeADILan terhadap keputusan pilihanraya bagi Parlimen berkenaan.

Calon KeADILan, Danny Anthony Andipai telah memfailkan petisyen KeADILan terhadap keputusan pilihanraya bagi Parlimen Pensiangan dan mahukan mahkamah membatalkan kemenangan calon BN, Joseph Kurup, 9 April lepas.

Joseph dinamakan sebagai responden pertama, manakala responden kedua ialah Pegawai Pengurus SPR, Bubudan OT Majalu.

Pada pilihanraya ke 12, Joseph diistiharkan menang tanpa bertanding selepas Anthony didakwa mengemukakan borang pencalonannya selepas waktu yang ditetapkan ketika penamaan calon 24 Februari lepas.

Ketika memberitahu Suara Keadilan Anthony berkata beliau telah menyerah borang pencalonan pada waktu yang ditetapkan, walaubagaimanapun Pegawai Pengurus SPR, Bududan sibuk menghabiskan masa untuk calon lain menyebabkan beliau tidak berpeluang mengemukan borang sehingga percalonan ditutup pada jam 9.55 pagi.

Parlimen Persingan mempunyai 19,712 sebelum pilihanraya lepas diwakili oleh  Bernard S.Maraat yang menang dengan majoriti 608 menewaskan calon bebas, Matin Tomy@Tommy.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.