Pindah Mahkamah, hakim putuskan hari ini
Selasa, 7 Oktober 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, NasionalKUALA LUMPUR, 7 OKTOBER (SK) - Hakim hari ini akan memutuskan sama ada kes pendakwaan terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atau tidak.
Beliau tiba di mahkamah jam 9.36 pagi tadi ditemani oleh isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail serta peguamnya, Sankara Nair.
Ketika berita ini ditulis,Hakim Komathy Suppiah sedang menyatakan asas perundangan mengapa beliau mempunyai kuasa untuk menentukan sijil tersebut sah atau tidak.
Sijil berkenaan ditandatangani oleh Abdul Gani Patail yang meminta agar kes pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Diperkarangan mahkamah turut kelihatan ialah Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Shahrin bersama-sama kira-kira 30 orang penyokong.
24 September lepas, Hakim, SM Komathy Suppiah telah mendengar hujah kedua-dua pihak tentang kesahihan perintah pemindahan berkenaan yang ditandatangani oleh Peguam Negara Abdul Gani Patail dan menetapkan hari ini bagi membuat keputusan.
10 September lalu, Barisan Peguam Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah mempertikaikan campurtangan Peguam Negara, Abdul Gani Patail yang menandatangani perintah untuk memindahkan kes pendakwaan terhadap tuduhan liwat keatas Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.
Menurut para peguam Anwar, tidak sepatutnya Abdul Ghani terlibat didalam kes tersebut kerana sebelum ini, Perdana Menteri Abdullah Badawi telah mengatakan Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan tidak akan terbabit secara langsung dalam kes liwat terhadap Anwar.
Barisan peguam bela Anwar diketuai oleh Sulaiman Abdullah bersama R. Sivarasa, Sankara, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya serta Mohd. Radzlan Jalaludin.
Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
