Tidak perlu permohonan bertulis untuk bantah pindah mahkamah - Peguam Anwar

Selasa, 7 Oktober 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional

Mahkamah akan tentukan sama ada keputusan membawa kes ke Mahkamah Tinggi atau terus kekal di Mahkamah Seksyen hari ini. Gambar: Malaysia Insider


KUALA LUMPUR, 7 OKTOBER (SK) - Mahkamah menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh pendakwa terhadap keputusan untuk memindahkan kes Anwar Ibrahim dari Mahkamah Seksyen ke Mahkamah Tinggi yang menyatakan Mahkamah Seksyen tidak mempunyai bidang kuasa untuk menerima bantahan awal pihak pendakwaan terhadap permohonan tersebut.

 

Pihak pendakwa berhujah bantahan tersebut mesti dibuat melalui pemohonan bertulis bagi memasukkan afidavit Anwar mengikut prosedur.

Bagaimanapun pihak pembela berhujah bantahan awal terhadap pemohonan pemindahan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi tidak memerlukan permohonan bertulis.

Mahkamah ditangguhkan ketika ini dan akan bersambung semula sebentar lagi.

Hari ini, Mahkamah akan memutuskan sama ada kes pendakwaan terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atau tidak.

Ini berikutan bantahan yang dibuat oleh barisan peguam Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah mempertikaikan campurtangan Peguam Negara, Abdul Gani Patail yang menandatangani perintah untuk memindahkan kes pendakwaan terhadap tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.