Jumaat, 21 November 2008

Mahkamah jangka buat keputusan esok, rakyat diseru beri solidariti

Selasa, 7 Oktober 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional

KUALA LUMPUR, 7 SEPTEMBER (SK) - Hujah-hujah pihak pembela Anwar Ibrahim akan bersambung jam 11 pagi esok sebelum mahkamah memutuskan samaada membawa kes berkenaan ke mahkamah tinggi atau tidak.

Hari ini, Hakim S.M Komanthy Suppiah menyatakan bahawa Mahkamah Sesyen mempunyai budi bicara untuk memerintahkan pemindahan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Oleh yang demikian, para pendokong keadilan dan reformasi diminta agar berkumpul di Mahkamah Jalan Duta pagi esok bagi mendengar keputusan berkenaan.

Pada 10 September lalu, Barisan Peguam Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah mempertikaikan campurtangan Peguam Negara, Abdul Gani Patail yang menandatangani perintah untuk memindahkan kes pendakwaan terhadap tuduhan liwat keatas Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Menurut para peguam Anwar, tidak sepatutnya Abdul Ghani terlibat didalam kes tersebut kerana sebelum ini, Perdana Menteri Abdullah Badawi telah mengatakan Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan tidak akan terbabit secara langsung dalam kes liwat terhadap Anwar.

Ini berikutan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu pernah membuat laporan polis terhadap Abdul Gani atas dakwaan memalsukan keterangan dalam insiden “mata hitam” Anwar pada 1998.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.