Jumaat, 21 November 2008

Bapa Altantuya utus surat, minta Raja Petra dibebaskan

Rabu, 8 Oktober 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional

KUALA LUMPUR, 8 OKTOBER (SK) - Bapa kepada mangsa pembunuhan kejam, Altantuya Shaariibuu menuntut agar blogger terkemuka, Raja Petra Kamaruddin dibebaskan demi keadilan.

Shaariibuu Setev, warga Mongolia mengutuskan surat tulisan tangan berkenaan melalui email oleh peguam beliau kepada seorang blogger, Susan Loone.

Dalam surat berbahasa Mongolia terbabit, Shaariibuu mempersoalkan mempersoalkan tentang siapakah yang menguruskan visa Altantuya untuk ke Perancis.

Selain dari itu beliau percaya bahawa Raja Petra menjadi mangsa ISA kerana penglibatan pemimpin tertinggi dalam kes pembunuhan anak beliau.

Raja Petra Raja kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) didakwa baru-baru ini akibat penyiaran artikel yang bertajuk ‘let’s send the Altantuya murderes to hell yang disiarkan di laman web malaysia Today,25 April lalu

Artikel berkenaan dikatakan mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak dengan kes pembunuhan Altantuya yang dipercayai diletupkan dengan  bom jenis C4 di Shah Alam.

Untuk melihat surat berkenaan, sila klik disini:

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.