Tarik lebih ramai wanita sertai AMK - Nik Nazmi

Isnin, 13 Oktober 2008 • Kategori: Angkatan Muda, Berita Semasa, Berita Utama

PETALING JAYA, 13 OKTOBER (SK) - Satu jawatankuasa khas perlu diwujudkan di semua peringkat Angkatan Muda KeADILan bagi menarik minat golongan wanita untuk menyertai Angkatan Muda.

Menurut Naib Ketua Angkatan Muda KeADILan bahagian Kelana Jaya, Nik Nazmi Nik Ahmad, jawatankuasa berkenaan harus diwujudkan di peringkat pusat, negeri dan seluruh bahagian bagi menarik minat golongan wanita seterusnya AMK akan dilihat sebagai satu platform politik tanpa mengira jantina dan kaum.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, berkata sedemikian ketika membentangkan usul dalam ketika Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda Keadilan Kelana Jaya pada 10 Oktober 2008 di Dewan Seri Delima, Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya.

Mengulas mengenai hal berkenaan, sewaktu perasmian mesyuarat berkenaan, Ketua AMK Wilayah Persekutuan, Md Zaman Tasi turut bersetuju dan bagi AMK Wilayah Persekutuan langkah awal telah pun dilakukan sejak sekian lama ke arah itu.

“AMK mengamalkan dasar pintu terbuka dalam keahlian dan akan memantau perkembangan ahli yang berpotensi yang boleh memimpin perjalanan AMK,”katanya mengulas usul Nik Nazmi.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.