Umno bercakar kerana kepentingan peribadi
Selasa, 14 Oktober 2008 • Kategori: Berita Utama, PolitikKUALA LUMPUR, 14 OKTOBER (SK) - Perebutan jawatan dalam Umno hari ini menunjukan ketidakpedulian pemimpin mereka terhadap rakyat yang semakin hari semakin menderita.
Ianya lebih diburukan lagi dengan percakaran sesama pemimpin, pengamalan politik wang sama ada di peringkat cawangan, bahagian seterusnya tertinggi menunjukan mereka tidak pernah bersatu dalam membuat keputusan.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Badrul Hisham Shahrin, berkata amalan percakaran sesama sendiri adalah biasa didalam politik namun ianya adalah berdasarkan prinsip.
“Dalam KeADILan sekalipun, ada perbezaan pendapat namun ianya berdasarkan prinsip untuk membela nasib rakyat,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan Online pagi ini.
Namun jelas Badrul, pergaduhan didalam Umno adalah untuk berebut kepentingan peribadi, bukan kepedulikan rakyat.
Badrul berkata seperti di Negeri Sembilan, Umno kini diambang perpecahan yang sangat ketara apabila wujudnya amalan biasa kumpulan-kumpulan menyokong.
“Ada individu yang telah menganggap dirinya sebagai bakal Menteri Besar kerana beliau rapat dengan bakal Presiden Umno, Najib Abdul Razak,” katanya lagi.
Mengulas mengenai lawan beliau ketika pilihanraya ke 12, Khairy Jamaluddin yang bertanding dalam pemilihan Ketua Pemuda Umno, Badrul berkata, Ahli Parlimen Rembau itu tidak mendapat sokongan yang mantap di Negeri Sembilan.
“Sepatutnya, beliau patut mendapat sokongan dari beberapa bahagian di Negeri Sembilan, namun beliau gagal untuk mendapatkan sokongan tersebut setelah beberapa bahagian negeri ini mencalonkan lawanya sebagai Ketua Pemuda Umno,” katanya.
Katanya lagi, pengunduran bapa mertuanya yang juga Perdana Menteri Abdullah Badawi menunjukan Khairy tidak laku lagi didalam Umno.
“Walau kekayaan beliau yang diambil dari rakyat, namun Khairy gagal mendapat sokongan kerana ketiadaan pengaruh politik bapa mertuanya,” katanya lagi.
Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
