BTN perlu diubah, jangan biarkan jadi alat politik BN - Azmin

Khamis, 6 November 2008 • Kategori: Berita Utama, Nasional, Parlimen, Pendidikan, Politik

oleh Syafiq Sunny

PARLIMEN, 6 NOVEMBER (SK) - Perlaksanaan Biro Tata Negara (BTN) harus diperkemaskinikan supaya ianya sejajar dengan anpirasi untuk menyatu padukan rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, BTN sepatutnya bertanggungjawab untuk memupuk kasih sayang dan rasa hormat sesama bangsa di negara ini.

“Amat malang sekali BTN diguna untuk menghimpunkan anak anak sekolah, universiti dan pegawai kerajaan khususnya dari lima negeri Pakatan Rakyat bagi memburuk-burukkan pembangkang dan Pakatan Rakyat,” katanya di dalam Dewan Rakyat petang ini.

Jelasnya lagi pelbagai fitnah dilemparkan ke atas Pakatan Rakyat, beliau sendiri serta Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim dengan mengatakan Anwar mempunyai hubungkait dengan Yahudi dan Amerika.

“Yang sebenarnya yang merosakan bangsa itu adalah Biro Tatanegara dan juga Umno yang bertindak memecah belahkan bangsa,” kata Naib Presiden itu lagi.

Azmin turut menegaskan bagawa Pakatan Rakyat tidak akan berkrompromi dengan isu-isu yang berkaitan agama islam dan bangsa melayu.

Mengulangi kenyataan yang telah dikeluarkan pada 8 September lalu oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, beliau memberi amaran kepada Umno supaya tida memainkan isu agama dan melayu.

“Saya memberi amaran kepada Umno supaya tidak menghasut raja-raja melayu dan rakyat pelbagai bangsa,” katanya lagi.

Sila baca: Pakatan Rakyat Tolak Politik Perkauman

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.