Tandatangan Ghani Patail tidak sah, Kes Anwar kekal di Mahkamah Sesyen

Jumaat, 7 November 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Mahkamah, Nasional, Politik

oleh Hafizz Mokhtar dan Rusnizam Mahat

PETALING JAYA, 7 November (SK) - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan keputusan kes perbicaraan Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim diteruskan di mahkamah yang sama, dan sijil pindah kes ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani Peguam Negara Abdul Gani Patail adalah tidak sah.

Melapor terus dari Mahkamah Sesyen hari ini, Hakim SM Komathy Suppiah menetapkan pusingan kedua (pendengaran kes) perbicaraan Anwar Ibrahim bermula 14 November nanti.

Keputusan ini membuka laluan kepada perbicaraan kontroversi ini ekoran tuduhan liwat yang difailkan oleh bekas pembuat kopi Saiful Bukhari Azlan.

Sebelum ini, pihak peguambela membantah permohonan pihak pendakwaraya untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi ekoran sijil pindah itu ditandatangani oleh Abdul Gani.

Peguambela berhujah Mahkamah Sesyen bertanggungjawab untuk memastikan perjalanan kes diteruskan tanpa gangguan dari Gani Patail yang kini disiasat.

Gani Patail dituduh menyalahgunakan kuasanya dengan meminda bahan bukti dalam perbicaraan Anwar 10 tahun lalu.

Dari afidavit dan keterangan di mahkamah, Abdul Gani dituduh mengarahkan doktor yang merawat Anwar Ibrahim memfailkan laporan palsu berhubung kesihatan mantan Timbalan Perdana Menteri itu yang dipukul sehingga separuh mati oleh Ketua Polis Negara pada masa itu, Abdul Rahim Noor. - msh

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.