Pakatan Rakyat adakan mesyuarat di Parlimen

Selasa, 11 November 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, KeADILan, Parlimen, Politik

oleh Syafiq Sunny

PARLIMEN, 11 NOVEMBER (SK)- PARA pimpinan utama Pakatan Rakyat(PR) hari ini bermesyuarat di bangunan Parlimen bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan pakatan tersebut.

Menurut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, mesyuarat berkenaan turut diadakan bagi membincangkan perkara biasa yang berbangkit termasuk isu-isu semasa.

Mesyuarat yang diadakan di Pejabat Ketua Pembangkang diadakan selama kira-kira 1 Jam yang berakhir pada jam 2.30 petang.

Selain Anwar, mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali, Presiden Pas Hadi Awang bersama Timbalannya Nassarudin Mat Isa dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.