GMI serah 50 ribu poskad kepada PM

Rabu, 12 November 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, Parlimen

PARLIMEN, 12 NOVEMBER (SK) - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini menyerahkan 50,000 poskad  kepada Perdana Menteri Abdullah Badawi, menuntut agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

Poskad berkenaan yang tertulis tiga tuntutan bantahan rakyat ini diserahkan kepada Ahli Parlimen Klang, Charles Santiagon yang kemudian akan menyerahkannya kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bagi menyerahkannya kepada PM.

Tiga tuntutan berkenaan ialah ISA dimansuhkan, semua tahanan ISA dibebaskan dan menutup Kem Kamunting (Kemta), diedarkan kepada rakyat sejak pelancarannya April lalu.

Ketika sidang akhbar di lobi Parlimen tengah hari ini, Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh turut membacakan memorandum yang akan turut diserahkan kepada Abdullah.

GMI yang dianggotai lebih 83 organisasi yang terdiri dapidapa badan bukan kerajaan, parti politik, kesatuan sekerja, badan peguam, badan media, pertubuhan pelajar dan pertubuhan wanita.

Selain itu, poskad berkenaan antara lain mendesak pemberhentian kezaliman yang ditimpa ke atas tahanan dan keluarga tahanan.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.