Bersih kecewa tiada perbincangan lantik Pengerusi SPR
Rabu, 12 November 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, Parlimenoleh Syafiq Sunny
PARLIMEN, 12 NOVEMBER (SK) - GABUNGAN Pilihnraya Bersih dan Adil (Bersih) melahirkan rasa kecewa dengan kerajaan yang tidak mengadakan perbincangan bersama, atau dengan parti politik dan organisasi bukan kerajaan untuk melantik pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang baru.
Baru-baru ini Ketua Setiausaha Negara, Mohd Sidek Hassan mengumumkan pelantikan Abdul Aziz Mohd Yusof yang kini menjawat jawatan Ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri, sebagai Pengerusi SPR berkuatkuasa 31 Disember ini.
“Bersih kecewa tidak ada sebarang atau usaha perbincangan yang diadakan untuk melantik Pengerusi SPR yang baru ianya sepatutnya dibincang dengan pihak pembangkang dan Bersih untuk pelantikan ini,” kata ahli Jawatankuasa Bersih, Sivarasa Rasiah.
Katanya, Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang menuntut agar Abdul Aziz memberi komitmen yang tulus dalam reformasi pilihanraya di negara ini.
“Dalam perlantikan ini, saya hanya berharap agar pihak SPR yang akan diketuai Abdul Aziz supaya dapat memenuhi apa yang dituntut oleh Bersih untuk mereformasikan pilihanraya Malaysia,” kata beliau yang juga Naib Presiden KeADILan.
Sivarasa turut menegaskan pihak Bersih akan membuat satu pertemuan bersama Abdul Aziz bagi membincangkan beberapa perkara dan untuk memudahkan kerjasama bagi mereformasikan pilihanraya di Malaysia.
Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankuasa Bersih Dr Dzulkifli Ahmad, meminta komitmen yang besar daripada Abdul Aziz untuk melakukan perubahan besar sebelum pilihanraya ke 13 dijalankan.
“Bilapun waktunya, Pilihanraya ke 13 adalah di antara waktu bersejarah dan penting.
Kami Bersih meminta agar Abdul Aziz melakukan komintmen yang besar dan segera untuk membawa perubahan,” jelasnya. - msh
Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
