Karpal dilantik Pengerusi Kaukus kehakiman

Khamis, 13 November 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Parlimen

PARLIMEN, 13 NOVEMBER (SK) - Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini melantik Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh sebagai Pengerusi kaukus mengenai kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman.

Perlantikan itu diumumkan sebulat suara selepas satu mesyuarat yang diadakan didewan taklimat disini yang dipengerusikan oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Selain itu, mesyuarat berkenaan turut melantik tujuh jawatankuasa kaukus dari pembangkang. Mereka ialah Ahli Parlimen Subang R Sivarasa, Wee Chee Keong (Wangsa Maju), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), M Kulasegaran (Ipoh Barat), Fong Po Kuan (Batu Gajah),Abdul Halim Abdul Rahman (Pengkala Cepa) dan  Dr Mujahid Yusuf Rawa (Parit Buntar).

Pada mesyuarat berkenaan juga, Ahli-ahli parlimen dari Pakatan Rakyat turut bersetuju untuk melantik Timbalan Pengerusi kaukus ini daripada kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Semalam, Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kaukus mengenai kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman akan ditubuhkan bagi mengkaji dan menilai integriti badan kehakiman di negara ini

Anwar dalam kenyataanya semalam turut menjemput  Ahli Parlimen pembangkang dan Barisan Nasional walaubagaimanapun hanya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz yang hadir bagi mewakili BN.

Kaukus ini akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi mengenal pasti langkah-langkah bagi  memulihkan intergriti institusi kehakiman.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.