Ketua Hakim diberi 7 hari untuk letak jawatan
Selasa, 18 November 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, ParlimenPARLIMEN, 18 NOVEMBER (SK)- PENGERUSI Kaukus Intergiriti kehakiman, Karpal Singh memberi tempoh 7 hari kepada Ketua Hakim Negara Zaki Tun Azmi untuk letakan jawatan sebagai ketua hakim bermula hari ini.
Beliau merujuk kenyataan Zaki pada 7 November di Kuching Sarawak yang telah dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa inggeris yang menyatakan menyatakan ‘it took me 6 month to be nice’
Kenyataan yang dibuat Zaki pada satu konvensyen di Kuching telah diterbitkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 8 November lalu.
Menurut Karpal yang juga Ahli Parlimen Jelutong, Zaki tidak boleh menafikan bahawa beliau membuat kenyataan sedemikian dan terdapat bukti rakaman audio percakapan Ketua Hakim itu di Kuching.
13 November lalu, Karpal yang juga Pengerusi DAP telah membuat laporan polis berhubung kenyataa Zaki Tun Azmi bahawa dua bekas hakim dan kakitangan mahkamah terbabit amalan rasuah.
Dalam laporannya, Karpal menggesa pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjalankan satu siasatan lengkap di bawa Akta Pencegahan Rasuah 1961 berhubung kenyataan yang dibuat Zaki.
Beliau berkata, kenyataan yang dibuat Zaki pada satu konvensyen di Kuching telah diterbitkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 8 November lalu.
Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
