kenaikan tambang basbebankan penumpang berpendapatan rendah

Selasa, 18 November 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional

KUALA LUMPUR, 18 NOVEMBER (SK) - ADALAH tidak logik sama sekali, ketika harga minyak di pasaran, namun Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Noh Omar membuat kenyataan bahawa kenaikan tambang bas ekspres awal tahun depan mungkin tidak boleh dielakkan.

Ketika dihubungi, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan, Dr Mansor Othman berkata kenaikan tambang bas ini akan membebankan pengguna yang kebanyakan terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah.

“Sepatutnya menteri berkenaan mesti peka masalah golongan ini. Mereka menaiki bas ekspres kerana tambangnya yang selama ini lebih murah kos perjalanannya jika dibandingkan mereka yang bergerak menggunakan kenderaan sendiri,” ujarnya kepada Suara KeADILan.

Tambah Dr Mansor alasan menteri berkenaan bahawa kenaikan mungkin tidak boleh dielakkan adalah tidak boleh diterima pakai.

Katanya lagi menambah beliau kesal kerana tindakan menteri kabinet BN yang tidak menghiraukan kesan kenaikan tambang bas berkenaan.

“Mereka seperti mahu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap mereka  apabila menurunkan harga minyak tetapi berdolak-dalih mengenai kenaikan tambang bas. Ini menyusahkan rakyat yang kurang kemampuan,” ujarnya lagi.

Menteri berkenaan hari ini dilaporkan media berkata kenaikan tambang adalah kerana kos operasi yang semakin meningkat.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.