Johari Abdul kecewa dengan jawapan Menteri

Rabu, 19 November 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, Parlimen

KUALA LUMPUR, 19 NOVEMBER (SK) - AHLI Parlimen Sungai Petani, melahirkan rasa kekecewaan dengan tindakan Menteri Dalam Negeri diatas jawapan yang diberikan melalui soalan lisan mengenai pemalsuan kad pengenalan di Sabah.

Ketika di Dewan Rakyat semalam, Johari bertanyakan kepada Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar mengenai tindakan polis susulan wujudnya buku berjudul “IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah” yang diterbitkan oleh Abdul Mutalib bin Mohd Daud.

Walaubagaimanapun Syed Hamid Albar berkata mengatakan bahawa “pihak polis tidak pernah menyiasat dakwaan-dakwaan yang dibangkitkan dalam buku berkenaan”

Daripada jawapan Menteri berkenaan, Johari yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan berkata menteri berkenaan menujukan kegagalan kerajaan untuk menyelesaikan masalah IC palsu yang selama ini wujud di Sabah.

“Sepatutnya pihak polis mengambil sifat proaktif untuk menyiasat dakwaan tersebut. Paling tidak, pihak polis wajar memulakan siasatan awal, dan bukan menyerahkan kerja siasatan kepada Badan Pencegah Rasuah,” katanya dalam kenyataan media yang diterima oleh Suara Keadilan.

Beliau menegaskan bahawa dakwaan yang dibangkitkan dalam buku ini amat serius kerana melibatkan isu hak dan maruah warganegara di tanah air ini.

“Kedaulatan negara ini tidak dapat terjamin selagi isu IC palsu yang didalangi sindiket-sindiket tidak diatasi,” katanya lagi

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.