Laba PRU12? Pengerusi SPR Diberi 400 ekar
Khamis, 20 November 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, PolitikAhli Parlimen Fuziah Salleh (KeADILan-Kuantan) mendedahkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Rashid Abdul Rahmad memperoleh tanah seluas 400 ekar, atas jasanya memenangkan BN dalam PRU12 yang lalu.
Tegas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan itu lagi, tanah di Pahang itu dianugerahkan oleh Umno Pahang kepada Rashid melalui seorang proksi. Pihaknya juga menyimpan bukti bergambar yang mengaitkan Pengerusi SPR kontroversi itu bersama proksi terbabit.
Dalam PRU12 yang lalu, BN hampir tewas dan Malaysia menyaksikan kejutan dengan kemenangan Pakatan Rakyat di lima negeri di Semenanjung - Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan - termasuk 10 dari 11 Kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan.
Pengkritik berpendapat sekiranya PRU12 dilaksanakan dengan adil dan bersih, Malaysia akan menyaksikan perubahan kerajaan yang pertama dalam 50 tahun sejarah negara.
Selain dari tanah di Pahang, Rashid juga dikatakan mendapat tanah di Selangor kerana memenangkan Umno-BN di negeri Darul Ehsan itu dalam PRU sebelum ini.
Fuziah seraya mengingatkan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat supaya bersiap-siaga menghadapi strategi dan penipuan pilihanraya.
Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
