Anwar: Pelaburan Asing Catat Negatif RM9 bilion
Thursday, 20 November 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Parlimen<!– @page { size: 8.5in 11in; margin: 0.79in } P { margin-bottom: 0.08in } –>
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyerahkan usul kepada Dewan Rakyat membincangkan pengaliran keluar Pelaburan Asing (FDI) besar-besaran sejak 2005. Usul tersebut diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan pada 19 November lalu.
“Dalam laporan terbaru United Nations Conference on Trade & Development World Investment 2008, didapati Malaysia walaupun meningkat kemasukan FDI kepada RM29 bilion pada 2007, namun pengaliran keluar FDI secara besar-besaran mencecah RM38 bilion juga pada tahun 2007 – menyebabkan negara mengalami aliran bersih FDI yang negatif sebanyak RM9 bilion,”
Tegas beliau dalam usul tersebut, isu ini perlu dibahas di Dewan Rakyat dengan kadar segara kerana ianya menyentuh kepentingan umum dan negara.
“Fenomena pengeluaran keluar FDI secara besar-besaran ini berlaku sejak 2005, dan jika berterusan akan mengakibatkan negara terus mengalami penguncupan ekonomi, kemerosotan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pengangguran dan pengurangan peluang pekerjaan,”
Status bahas usul tersebut akan ditentukan oleh Yang Di Pertua Dewan pada Isnin 24 November nanti.



SMS
RSS
