Jumaat, 4 Julai 2008

Kuala Lumpur

Tubuhkan IPCMC- Izzah Anwar

Rabu, 18 Jun 2008

KUALA LUMPUR, 18 Jun (SK)- Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menggesa agar kerajaan pusat mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) bagi membuka ruang untuk kerjasama yang lebih antara pihak polis dan wakil-wakil dari masyarakat madani (civil society) dalam menyedari kelemahan yang ada dan mengenal pasti perubahan yang perlu dibuat untuk memperbaiki …



DBKL Wajib Batalkan Kenaikan Caj Tempat Letak Kereta

Khamis, 12 Jun 2008

Kenyataan Media Bersama Oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan

DBKL Wajib Batalkan Kenaikan Caj Tempat Letak Kereta

Kami selaku Ahli Parlimen mewakili rakyat di seluruh Kuala Lumpur berasa amat kecewa dengan tindakkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikan kadar caj tempat letak kereta di pusat bandar sehingga mencecah 35% dari 60 sen kepada 80 sen yang …



Nurul Izzah bela penduduk

Isnin, 2 Jun 2008

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berusaha sedaya upaya membela nasib di kawasannya.

Banyak aduan yang telah dilaporkan dengan masalah penduduk setempat yang yang dikaitkan dengan pihak DBKL. Masalah ini berlanjutan semenjak kawasan itu menjadi milik Umno/BN.

Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat ialah penjaja gerai yang ditindas oleh DBKL, masalah loji kumbahan najis yang …



ADILtv :Nasib nelayan diabaikan, Punca Rezeki terjejas

Selasa, 27 Mei 2008

[[VIDEO DI DALAM]] MELAKA: Wartawan Suara Keadilan, Zul Salehin Zulkupli dan jurukamera Ebrahim Harris telah mendekati hati nelayan bagi mendengar rintihan mereka tentang ketidakpuashatian mereka terhadap kerajaan negeri Melaka yang telah mengarahkan mereka berpindah ke lokasi yang baru tanpa prasarana yang telah dijanjikan.

Laporan lanjut mengenainya akan dipaparkan di Suara Keadilan edisi 137 yang akan terbit …



Penduduk Kampung Haji Abdullah Hukum serah memorandum kepada Datuk Bandar.

Jumaat, 23 Mei 2008

KUALA LUMPUR, 23 Mei (SK) – Penduduk kampung Haji Abdullah Hukum berkumpul di hadapan Dataran Merdeka pagi ini jam 10 pagi untuk menyerahkan memorandum kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Penduduk kampung itu juga mengadakan “Peace walk” dari Dataran Merdeka ke bangunan DBKL Jalan Raja Laut seterusnya menyerahkan memo tersebut.

Wakil penduduk di situ, Roslan Mat, yang juga …



Pushpa jemput kenduri anaknya

Khamis, 22 Mei 2008

AKTIVIS reformasi, S Pushpalingam menjemput orang ramai khususnya aktivis reformasi dan pemimpin serta ahli-ahli KeADILan untuk menghadiri majlis perkhawinan anak perempuannya, Lalithambigai pada Sabtu 24 Mei ini.

Menurut Pushpa, majlis perkahwinan itu akan bermula pada jam 7 petang dan bertempat di Dewan MBSA, Seksyen 19, Jalan Gelora 19/46, Shah Alam.

Lalithambigai, 25 melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Sujan …



Penduduk Kampung Puah bantah pembinaan jejantas 19 Mei ini

Jumaat, 16 Mei 2008

KUALA LUMPUR, 18 Mei (SK)- Penduduk di Kampung Puah di Sentul akan mengadakan perhimpunan aman bagi membantah pembinaan jejantas pejalan kaki tanpa laluan sikal 19 Mei ini.

Menurut Ketua Angkatan Muda Wangsa Maju, Hamdi Mohd Said pembinaan jambatan berkenaan tanpa laluan dan menyusahkan penduduk kampung kerana terpaksa melalui laluan yang jauh.

“Terdapat satu pembinaan lebuh raya yang …



Kes Rasuah 18 Individu Berprofil Tinggi Terus Dikemukakan dalam Sesi Soal Jawab

Khamis, 8 Mei 2008

PARLIMEN, 8 Mei (SK) – Sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada pagi ini sekali lagi digemakan dengan suatu persoalan yang amat tidak disenangi oleh kebanyakan wakil-wakil kerajaan. Persoalan tersebut berkisar tentang isu yang gagal diselesaikan oleh kerajaan secara sepenuhnya iaitu gejala rasuah dan salahguna kuasa di kalangan elit pemerintah dan golongan tertinggi dalam …



Tuduhan Periasamy Tidak Berasas

Rabu, 2 April 2008

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata pihaknya bersiap-sedia untuk melawan petisyen pilihanraya calon Bebas, N Periasamy, yang tumpas dalam PRU12 lalu.

Kata beliau, tuduhan yang dibuat bekas pemimpin MIC Bukit Bintang tidak berasas kerana sepanjang tempoh pilihanraya berlangsung beliau tidak membuang masa untuk memfitnah atau memburukkan calon bebas itu.

“Saya tidak …



Sidang Media Ahli Parlimen Lembah Pantai, Pn Nurul Izzah

Isnin, 10 Mac 2008