Rabu, 8 Oktober 2008

Berita Negeri

AMK PP pesan Gerakan: ‘dont miss a boat’

Selasa, 9 September 2008

KUALA LUMPUR, 9 SEPTEMBER (SK) - Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang, Yusmadi Yusoff, mempelawa Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) bagi menyertai Pakatan Rakyat negeri Pulau Pinang.

Mengulas mengenai tindakan Gerakan Pulau Pinang yang memutuskan hubungan dengan Barisan Nasional negeri berkenaan, Yusmadi berkata, tindakan berkenaan sepatutnya dilakukan lebih awal lagi tanpa menunggu riaksi kenyataan Ahmad Ismail.

“Gerakan sepatutnya …



Bekerja Untuk Selesaikan Masalah, Bukan Sekadar ‘Tunjuk Muka’ - MB

Isnin, 8 September 2008

KLANG, 6 SEPTEMBER- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi rakyat ialah dengan membuat kerja untuk mengatasi masalah itu bukan hanya menunjukkan muka kepada mereka sebagai tanda sudah turun padang.

“Kematangan kita ialah menyelesaikan masalah, bukan turun (padang) dan tengok-tengok muka, bukan (caranya).

“Cara yang kita buat ialah melalui cara bekerja …



Selangor Tidak Iktiraf JKKKP, 366 Ketua Kampung Terima Surat Pelantikan

Selasa, 2 September 2008

SHAH ALAM, 30 Ogos - Selangor mengulangi pendirian tidak akan mengiktiraf kewujudan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata jawatankuasa serupa di peringkat negeri sudah diwujudkan oleh kerajaan negeri, jadi jawatankuasa yang tidak berkaitan dengannya tidak akan diiktiraf.

“Kita hanya berikan keutamaan …



Ketua KeADILan Kedah nafi ahli keluar parti

Isnin, 25 Ogos 2008

PERMATANG PAUH , 25 OGOS (SK) - PENGERUSI KeADILan Kedah hari ini memberitahu, ahli-ahli KeADILan negeri tersebut masih setia dalam perjuangan KeADILan.

Menurut Zamri  Yusof seperti yang didakwa hari ini di media-media arus perdana, beliau menafikan dakwaan sama ada ketua bahagian atau ketua AMK bahagian keluar parti seperti mana dikatakan oleh Ezam dan Zamil Ibrahim.

“Dakwaan Ezam …



“Pegawai Khas Najib Atur Sumpah Saiful” - Ustaz Ramlang Porigi

Isnin, 25 Ogos 2008

OLEH: Team SK Permatang Pauh
-VIDEO DIDALAM


IMAM Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi mendedahkan konspirasi terhadap Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim yang dirancang oleh Timbalan Perdana, Najib Razak. Dalam temuramah eksklusif dengan Suara Keadilan, Ramlang berkata seorang pegawai khas kepada Najib telah mengaturkan segala persiapan upacara sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan disaksikan oleh beliau sendiri.



Masyarakat madani perlu bermula dengan negara hukum- Anwar

Ahad, 24 Ogos 2008

PERMATANG PAUH 24 OGOS (SK)- Ketua umum keADILan, Anwar Ibrahim berkata,pembinaan masyarakat madani bagi mengangkat martabat bangsa perlu dimulakan dengan belandaskan negara hukum.

“Seseorang pemerintah yang baik dalam sesebuah masyarakat madani perlu mengutamakan prinsip keadilan yang menyeluruh kepada rakyat melebihi kepentingan peribadi dan keluarga” tegas Anwar.



P44 Permatang Pauh: Pulau Pinang Isytihar Cuti Umum

Ahad, 24 Ogos 2008

PULAU PINANG: Hari pengundian pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh yang jatuh pada 26 Ogos ini telah disytiharkan cuti umum negeri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng pada satu sidang media pagi ini.

Cuti umum istimewa ini diberikan kerajaan negeri kerana bagi memastikan pengundi-pengundi di Permatang Pauh dapat menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi tanpa sebarang …



Agen KM Sabah Ditahan Seludup RM16 Juta Untuk Permatang Pauh

Ahad, 24 Ogos 2008

Agen KM Sabah Ditahan Seludup RM16 Juta Untuk Permatang Pauh

Ketua Menteri Sabah Musa Aman yang terkenal dengan siri-siri skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebelum ini, dikesan cuba menyeludup RM16 juta dari luar negara untuk kegunaan kempen BN di Permatang Pauh.

Penemuan itu dibuat berikutan penangkapan abang angkatnya, Michael Chia, yang membawa beg bimbit sarat dengan wang …



Kami akan saman BPR ! - Exco KeADILan Perak

Sabtu, 23 Ogos 2008

PERMATANG PAUH, 23 Ogos (SK) - Dua ahli Exco Perak, yang ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan bertindak menyaman badan terbabit jika BPR tidak memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah.

Dua exco terbabit, Jamaluddin Mohd Rozi dan Mohd Osman Mohd Jailu  ditahan kelmarin bersama dua ahli perniagaan, seorang ahli Majlis Daerah …



Siap Sedia Disaman RM100 juta - Exco Kepada BPR

Sabtu, 23 Ogos 2008

Dua ahli Exco Perak, yang ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan bertindak menyaman badan terbabit jika BPR tidak memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah.

Dua exco terbabit, Jamaluddin Mohd Rozi dan Mohd Osman Mohd Jailu  ditahan kelmarin bersama dua ahli perniagaan, seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah dan seorang juruteknik Perbadanan …