Pulau Pinang

TKM 1: Dr. Mansor angkat sumpah Rabu

Monday, 1 June 2009

Anna Yusof

BUKIT MERTAJAM, 1 Jun (SK) : Timbalan Pengerusi KeADILan Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman yang memenangi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti semalam akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I Negeri Pulau Pinang Rabu ini.

Ia diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di sini malam tadi.

Beliau berkata majlis angkat sumpah tersebut…



Syabas dan terima kasih rakyat Penanti : Anwar

Monday, 1 June 2009

Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 1 Jun (SK) : Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim mengucapkan syabas dan amat berterima kasih kepada jentera pilihanraya Pakatan Rakyat kerana bekerja keras bagi menentukan kemenangan besar di Dun N12. Penanti.

“Syabas kepada jentera pilihanraya Pakatan Rakyat yang berusaha keras memastikan kemenangan Dr. Mansor Othman dan setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan buat pengundi Penanti,”…



AMK akan analisa peratusan keluar mengundi menurun

Monday, 1 June 2009

PENANTI,1 MEI (SK) - ANGKATAN Muda KeADILan akan melakukan analisa berikutan penurunan jumlah keluar mengundi pada pilihanraya kecil Dun Penanti.

Bercakap kepada SUara Keadilan, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata mereka akan mengeluarkan analisa berkenaan secepat mungkin bagi memastikan peratusan keluar mengundi yang rendah tidak berlaku lagi.

“Kami akan membuat analisa secepat mungkin. Agak kecewa dengan…



Penanti 12 : Keputusan Rasmi Dr. Mansor Peroleh Majoriti 5,558

Sunday, 31 May 2009

7.45 Petang : Calon KeADILan Dr. Mansor Othman menang besar hari ini dengan majoriti 5,558 undi jauh lebih baik dari jangkaan walaupun hanya 46.15 peratus atau 7,100 orang sahaja yang keluar mengundi.

Aminah Abdullah memperolehi sebanyak 392 undi dan hilang wang pertaruhan, Nai Kha Ari mendapat sebanyak 494 undi, hilang wang pertaruhan dan Kamarul Ramizu Idris…



Penanti 11 : Semua calon bebas hilang deposit

Sunday, 31 May 2009

7.40 Petang : Calon KeADILan Dr. Mansor Othman menang besar hari ini dengan keputusan tidak rasmi  majoriti melebihi 5,300 undi jauh lebih baik dari jangkaan walaupun hanya 46.15 peratus atau 7,100 orang sahaja yang keluar mengundi.

Kesemua calon bebas yang bertanding pada kali ini hilang wang deposit mereka apabila gagal mendapat sekurang-kurangnya satu perlapan daripada jumlah…



Penanti 9 : Keputusan awal tidak rasmi, Dr Mansor menang besar

Sunday, 31 May 2009

6.30 Petang: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon KeADILan Dr. Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 6,052 undi diikuti tiga calon bebas Aminah Abdullah (392),  Nai Khan Ari (404) dan Kamarul Ramizu Idris (56).

Proses pengiraan undi sedang dijalankan di semua 10 pusat pengundian dalam pilihanraya kecil Dun N12. Penanti yang berakhir jam 5 petang tadi.

Jumlah pemilih yang…



Penanti 8 : Keputusan awal tidak rasmi, Dr Mansor mendahului calon lain

Sunday, 31 May 2009

6.55 Petang: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon KeADILan Dr. Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,289 undi diikuti tiga calon bebas Aminah Abdullah (258), Nai Khan Ari (273) dan Kamarul Ramizu Idris (26).

Proses pengiraan undi sedang dijalankan di semua 10 pusat pengundian dalam pilihanraya kecil Dun N12. Penanti yang berakhir jam 5 petang tadi.

Jumlah pemilih yang…



Penanti 7 : Dr. Mansor sudah dapat 75% undi

Sunday, 31 May 2009

3.15 Petang : Selepas hampir 6,000 pemilih keluar mengundi sehingga jam 2 petang tadi, Pengarah Pilihanraya KeADILan Saifuddin Nasution Ismail yakin Dr. Mansor Othman sudah mendapat sekurang-kurangnya 4,500 undi.

“Berdasarkan maklumat yang diterima dari petugas parti, sebahagian besar pemilih terbabit adalah penyokong KeADILan,” katanya.

Menurut Suruhanajaya Pilihanraya (SPR), sehingga jam 2 petang tadi, seramai 38.77 peratus atau…



Penanti 6 : KeADILan tingkat usaha bawa pemilih ke pusat pengundian

Sunday, 31 May 2009

Memandangkan peratus pengundian yang rendah, KeADILan akan menggerakkan sepenuh usahanya untuk membawa pemilih keluar mengundi.

Pengarah Strategi KeADILan Tian Chua berkata,” Kita akan pergi ke rumah pengundi untuk membawa mereka ke pusat pengundian,”.

Beliau juga berkata, kadar pengundian yang rendah itu mungkin disebabkan pemilih memikirkan bahawa KeADILan pasti memenangi pilihanraya kecil kali ini.

Jumlah pemilih yang keluar mengundi…



Penanti 5 : NGO Bantah kehadiran Polis terlalu ramai

Sunday, 31 May 2009

11.00 pagi : Sebuah badan pemantau pilihanraya National Iinstitute Electoral Integeraity (NIEI) membantah kehadiran polis yang terlalu ramai di pusat pengundian dan  boleh ditafsirkan sebagai menggangu proses pengundian dan terhadap pengundi sendiri.

Menurut Pengerusi Yunus Ali, kehadiran polis ini turut ditafsirkan sebagai mengundang ketakutan kepada pengundi.

”Saya melihat ini sebagai satu itimiditasi kepada pengundi. Berdasarkan peratusan mengundi…