Suara Keadilan Online » Selangor & Putrajaya

Mahkamah rayuan nafi hak Nizar
Anna Yusof

PUTRAJAYA,  22 Mei (SK) : Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan  Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada jam 3.52 petang tadi.

Panel tiga hakim iaitu Md Raus Sharif, Abu Samah Nordin dan Sulong Matjeraie memutuskan Menteri Besar Perak lantikan Umno itu sebagai Ketua Kerajaan Negeri Perak yang sah

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam dan sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah kononnya hakim Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam Dun.

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah jawatan tersebut dirampas darinya, awal Februari lalu.

Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat Pas itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dun Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang memihak kepada Zambry.

Peguam Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Sekumpulan 200 orang di luar mahkamah, kedengaran melaungkan rasa tidak puashati mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.

Khir Toyo digantung setahun dari sidang Dun
KUALA LUMPUR, 20 MEI (SK) -BEKAS Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo telah digantung dari menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Selangor selama setahun berikutan dengan beberapa pertuduhan keatasnya.

Keputusan berkenaan diambil oleh Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam setelah Khir - yang juga Ketua Pembangkang Selangor didapati tidak menghadiri siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor Mac lalu berhubung perbelanjaan dana agensi kerajaan negeri.

Jawatankuasa berkenaan  turut mendapati beliau bersalah terhadap tiga tuduhan membuat kenyataan yang menghina legitimasi Selcat, dalam media dalam dalam blognya.

Menurut laporan media, Dr Mohd Khir digantung selama setahun daripada menghdiri sidang DUN kerana gagal menghadiri siasatan awam tersebut, dan digantung masing-masing enam bulan bagi setiap tuduhan tersebut.

Selain Khir, Adun BN Warno Dogol (Sabak), Isa Abdul Kasim (Batang Kali), Marsum Paing (Dengkil) dan Mohamad Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) selama enam bulan kerana mempersoalkan integriti Selcat.

Menurut Speaker Dun Selangor, Teng Chang Khim elaun dan keistimewaan mereka juga turut digantung sepanjang tempoh hukuman tersebut

Teng turut berkata, hukuman itu merupakan syor yang dibuat jawatankuasa tersebut dan akan dibentang di sidang Dun Julai depan untuk dibahas dan setiap wakil rakyat termasuk Dr Mohd Khir akan diberi peluang membahaskannya.

KeADILan lancar kempen penerangan Krisis Perak
KUALA LUMPUR, 17 MEI (SK) - KeADILan akan melancarkan kempen penerangan krisis politik negeri perak melalui kempen ”Krisis Perak: Kembali pada rakyat”.

Kempen ini akan dilancarkan esok oleh Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim di Taman Medan, Petaling Jaya esok.

Selain majlis perlancaran, beliau dijangka akan memberikan ucapan pada majlis berkenaan.

Diantara yang akan hadir esok ialah Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim serta Adun-adun negeri Perak dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Idris Ahmad.

Majlis berkenaan akan diadakan di Markas Pas PJS, yang bertempat  Dataran Pasar Malas, PJS 23/7 bermula jam 9 malam.

Kebebasan Akhbar: Kerajaan Selangor anjur dialog
Kerajaan Negeri Selangoor akan menganjurkan dialog umum dan perundingan sempena memperingati Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada 19 Mei ini.

Dalam kenyataan yang diterima oleh Suara Keadilan, dialog dan perundingan umum ini bakal memberi nafas baru kepada kebebasan akhbar dan suara pelbagai media di Malaysia.

Antara Panel yang akan membentangkan dan mengupas isu ini terdiri daripada Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong, Pengarah Proggram Pusat Kewartawanan Bebas Sevan D, Wakil Majlis Peguam Dipendra Harshad Rai,Pengarah, Pusat Polisi Inisiatif ; Dr. Lim Teck Ghee, Exco Transparency International  Ngooi Chiu Ing dan Editor Malaysia Kini Padmaja Padma.

Program yang akan berlangsung di Auditorium Sivik Petaling Jaya ini dilaksanakan atas dasar insetif untuk mempromosikan “Kebebasan Maklumat” dengan tertubuhnya Badan Bertindak Kebebasan Maklumat pada awal 2009 yang dianggotai Ahli Parlimen Negeri dan Persatuan Awam, dipengerusikan oleh Elizabeth Wong.

Pada peringkat awal, badan bertindak berperanan membuat kajian untuk mewujudkan Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information) FOI Act selewat-lewatnya pada penghujung 2009.

Justeru, kepada pengamal-pengamal media, persatuan sivil serta orang perseorangan adalah dijemput pada majlis tersebut nanti. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Arfa Aziz di alamat emel arfaeza@selangor.gov.my atau Tricia Yeoh, triciayeoh@selangor.gov.my (03-5544 7610 atau 012-6122 100)

Kerakusan kerajaan BN di Perak terbukti! : Anwar
Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 8 Mei (SK) : Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim menyatakan kekaguman beliau dengan keberanian dan  kelantangan Speaker Dun Perak V. Sivakumar dan kesemua 64 tahanan polis yang telah menunjukkan semangat juang yang kental demi menegakkan demokrasi di negara ini serta mahukan ‘Perubahan’.

Hari ini rakyat menjadi saksi betapa rakusnya kerajaan BN-Umno untuk terus kekal berkuasa, sehingga sanggup mencemar kemuliaan sidang Dewan Undangan Negeri serta mencabuli sistem Raja Berperlembagaan.

Maka sudah terbukti bukan sahaja kepada rakyat Perak, malah seluruh rakyat Malaysia mahukan ‘perubahan’.

Anwar juga menegaskan bahawa rakyat juga sudah muak dengan pemerintahan Perdana Menteri Najib Razak, walaupun baru sebulan  berkuasa tetapi dilihat tidak lebih dari sandiwara lapuk.

Seluruh dunia merakamkan peristiwa bersejarah di Ipoh yang merujuk kepada kejahilan Najib Razak dan menujukkan kuasa kuku besi serta mempersendakan perlembagaan seolah-olah hidup di zaman primitif.

Justeru mereka bergantung kepada kekerasan sehingga sanggup mengheret keluar Speaker Sivakumar dari dewan secara biadap dan melakukannya dengan penuh kebanggaan tidak menghiraukan peradaban serta menginjakan perlembagaan.

“Apabila terdesak dan mengetahui rakyat tidak bersama mereka, demokrasi dan keluhuran perlembagaan diinjak-injak sedemikian rupa,” jelas Anwar lagi.

“Kepada Speaker Sivakumar dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Perak, riwayat perjuangan anda semua akan selamanya tercatat dalam episod perjuangan menuntut Perubahan,” Tegas Anwar dalam kenyataan beliau.

“Keberanian tuan-tuan semua berdepan dengan kekuasaan sesungguhnya menyempurnakan makna sebenar seorang wakil rakyat,” kata beliau.

“Penahanan 64 orang termasuk 4 ahli parlimen dan 5 ahli dewan undangan negeri di Ipoh akan selama-lamanya dirakamkan dalam lipatan sejarah negara ini sebagai lambang kepada perjuangan rakyat menegakkan demokrasi dan menjaga keluhuran Perlembagaan di negara ini,” jelas Anwar.

Pada masa sama, beliau juga menyatakan kekesalan terhadap tindakan polis yang menjadi tali barut dan agen BN yang menjahanamkan hak-hak asasi kemanusiaan dengan menangkap dan menahan rakyat secara membabi buta seperti kejadian di Brickfields apabila polis menahan seorang wartawan Law Teck Hao.

Saya nukilkan bait sajak ini sebagai tanda kagum kepada saudara seperjuangan semua:

“…Dan bara kagum menjadi api

Di depan sekali tuan menanti

Tak gentar. Lawan banyaknya seratus kali.

Pedang di kanan, keris di kiri

Berselempang semangat yang tak bisa mati.”

Sidang Dun Perak ditangguh
Anna Yusof

Berikut perkembangan terkini di Perak:

4.10  Petang - Pengarah Strategi KeADILan Tian Chua ditahan di perkarangan Dun Perak.

Sementara itu, Raja Nazrin bersalaman dengan semua Adun Pakatan Rakyat seterusnya dengan Adun BN selepas itu Pengerusi Dap Perak Ngeh Khoo Ham berkata Nizar ditiah untuk mengadap Raja Nazrin di kamar diRaja.

4.05 Petang - Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah menamatkan titah ucapan baginda dalam perasmian pembukaan sidang dewan setelah menyampaikan ucapan kira-kira setengah jam.

Sidang Dun Perak hari ini ditangguhkan.

4.00 Petang - Zuraida Kamaruddin sekali lagi dihalang memasuki dewan walaupun memegang kad jemputan. Beliau dihalang masuk kerana diundang oleh Speaker V. Sivakumar.  Ketua Angkatan Muda  KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin mengutuk kejadian ini.

3.50 Petang - Menurut Tian Chua Mat Sabu juga sudah  dibebaskan

3.40 Petang - Seramai tahanan pagi tadi dibebaskan termasuk Wanita KeADILan Zuraida Kamaruddin dan Adun Teratai Janice Lee.

3.20 Petang - Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah telah memasuki dewan dan  sedang bertitah.

2.45 Petang - Kekecohan dalam sidang Dewan berterusan selepas sidang bersambung semula sebentar tadi apabila wakil -wakil Pakatan Rakyat dan BN bergelut sesama mereka.

Menurut sumber, 20 orang anggota polis memasuki dewan. Kerusi Speaker bersama Sivakumar dan membawa keluar dewan.

Keadaan bertambah rumit. beberapa orang wakil Pakatan Rakyat dipukul di dalam dewan.

2.15 Tengahari - Dewan kembali kecuh apabila keadaan tolahk-menolak untuk menghalang Ganesa memasuki dewan. Kelihatan polis memasuki dewan untuk menenangkan keadaan. Wakil Pakatan Rakyat menyuruh polis keluar dewan.

2.05 Tengahari - Seramai hampir 70 orang ditahan di Balai Polis Sungai Senam setakat ini. Juga hampir sepuluh peguam Pakatan Rakyat sudah berada di balai termasuk Karpal Singh, Kulasegara, Madzi Hasan dan lain-lainnya.

Sementara itu, di hadapan balai, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat menunjuk perasaan dengan mempamirkan slogan 1Black Malaysia.

1.50 Tengahari - Menurut sumber yang dipercayai, Zamri sedang berbincang dengan Raja Nazrin di sebuah bilik di luar dewan persidangan.

1.00 Tengahari - Ganesan cuba membuat drama secara kasar menarik kerusi speaker tetapi cubaan itu tidak berjaya. Kedua-dua mereka Sivakumar dan ganesan bersetuju menangguhkan dewan sehingga jam 2.00 petang.

Raja Nazrin Shah juga dilaporkan masih berada di tingkat dua bangunan menunggu keputusan selanjutnya.

12. 55 Tengahari - Ganesan cuba jalan tugasnya tetapi dihalang Adun Pakatan Rakyat. Keadaan kecoh ini hampir mencetuskan pergaduhan apabila salah seorang Adun BN dan Adun Pakatan Rakyat dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu.

Speaker Sivakumar masih dikerusinya.

Speaker mengarahkan Ganesan keluar dewan dengan kuasa yang ada padanya.

12. 40 Tengahari - Wanita DeADILan Zuraida Kamaruddin digari sehingga tangan beliau tercedera, beliau akan membuat laporan polis selepas pemeriksaan kesihatan. Beliau kini masih lagi ditahan di balai polis Sungai Senang berhampiran stadium Ipoh bersama kira-kira 60 orang telah ditahan.

Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin kini menuju ke Balai Polis Sungai Senang untuk membuat perundingan dengan pihak polis.

12. 35 Tenghari - Speaker V Sivakumar masih tidak berganjak dari kerusi. Beliau tetap menegaskan sidang tidak akan bermula sehingga mereka yang telah digantung keluar dewan.

12.22 Tengahari - Adun BN sedang berkerumun adun Jelapang Yee Yit Foong dalam dewan seperti bersidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker.

Keadaan menarik itu disaksikan oleh semua adun Pakatan Rakyat dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir.

Dalam sidang “haram” mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, R. Ganesan.

12.00 Tengahari - Pengarah Strategik KeADILan yang menjadi pemerhari dalam dewan menyatakan bahawa hari ini dunia  menyaksikan Barisan Nasional mempersendakan demokrasi dan memperlekehkan serta melanggar undang-undang tubuh Kerajaan berpelembagaan dengan membelakangkan Raja.

“Mereka membuat drama dengan tindakan serta kelakuan yang melucukan di dalam dewan. Mereka begitu lantang mempersendakan undang-undang,” kata beliau kepada Suara Keadilan

11.50 Pagi - Speaker V. Sivakumar membuat kenyataan bahawa Barisan Nasional tidak menghormati undang-undang dan menafikan membuat persidangan berasingan satu dewan tapi dua sidang. Dewan seolah-oleh menjadi sidang yang tidak bertamadun.

11.40 Pagi -  V. Sivakumar memulakan semula persidangan Dun walaupun R. Ganesan, menangguhkannya sebentar tadi.

Walaupun tanpa mikrofon, Sivakumar tetap meneruskan arahannya yang awal agar tujuh Adun BN termasuk Zambry dan tiga wakil bebas meninggalkan dewan.

Jika mereka enggan berbuat demikian, beliau enggan memulakan persidangan tersebut.

Kedua-dua pihak bertikam lidah sekali lagi dari tempat duduk masing-masing, tidak seperti tadi.

Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat berkumpul di sekeliling Menteri Besar mereka Mohammead Nizar Jamaluddin dan berbincang dengan mereka untuk tindakan selanjutnya.

Kedua-dua pihak masih bertegang leher tetapi tidak tidak sehangat tadi.

Zambry membawa usul agar persidangan dewan ditangguhkan dan ia diluluskan. Persidangan dewan ditangguhkan, kata Ganesan.

Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan hari pertama belum boleh memasuki dewan.

Wakil-wakil BN berdiri mengelilingi timbalan Speaker, Hee Yit Fong dan Zambry.

Mikrofon Speaker kini dimatikan tetapi mikrofon depan Hee dan Zambry masih berfungsi walaupun telah dimatikan sebelumnya.

Dengan perlindungan kumpulan Adun BN itu, Hee mengumumkan beliau kini sebagai pemangku Speaker dan mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau V Sivakumar daripada kerusi Speaker.

Mereka bagaimanapun tidak bertindak mematuhi arah tersebut.

Sivakumar masih duduk bertahan di kerusinya, sambil menjerit “Speaker (Ganesan) ini haram”, “selagi Speaker ada di sini, Speaker ini (Ganesan) adalah haram” dan “Perak ada Speaker haram.”

Ganesan kini cuba mengambil alih perjalanan dewan dan wakil-wakil BN membawa beberapa usul lagi.

Sivakumar kemudian bangun semula dan mengumumkan - tanpa mikrofon - semua usul yang dibawa sebentar tadi ditolak oleh beliau sebagai Speaker.

11.20 Pagi: BN tanpa mengikut undang-undang melantik R. Ganesan daripada MIC untuk menjadi speaker Dewan walaupun Sivakumar masih Speaker yang sah

Perlantikan ini dibuat ketika Sivakumar masih lagi duduk di kerusi speaker dan Ganesan kelihatan memakai baju speaker tanpa duduk di kerusi yang diperuntukan kepada Speaker. Beliau kemudian mengutuskan untuk menangguhkan dewan sehingga jam 12.15 tengahari.

11. 00 Pagi - Zambry yang masih berdegi enggan keluar dewan telah membacakan usul memecat Speaker Dun Sivakumar dari jawatan Speaker dan ia disokong sebulat suara oleh 27 Adun BN dan tiga Adun Bebas dengan mengangkat tangan.

Bagaimanapun, Sivakumar berkata, Adun yang telah digantung tidak boleh membawa usul dan ia dianggap sebagai tidak sah.

Sivakumar dengan lantang sekali lagi berkata  “Selagi orang yang diarah keluar ada dalam dewan, Dewan tidak akan bersidang,”

11. 00 Pagi - Zambry yang masih berdegi enggan keluar dewan telah membacakan usul memecat Speaker Dun Sivakumar dari jawatan Speaker dan ia disokong sebulat suara oleh 27 Adun BN dan tiga Adun Bebas dengan mengangkat tangan.

Bagaimanapun, Sivakumar berkata, Adun yang telah digantung tidak boleh membawa usul dan ia dianggap sebagai tidak sah.

Sivakumar degnan lantang sekali lagi berkata  “Selagi orang yang diarah keluar ada dalam dewan, Dewan tidak akan bersidang,”

10.50 Pagi - Persidangan Dun Perak tegang apabila Speaker V. Sivakumar terus mengulangi bahawa usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan beliau terbatal dan tidak sah, namun Zambry tetap berdegil dengan menyatakan bahawa Speaker itu telah diganti.

Speaker mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau keluar tujuh wakil rakyat BN, termasuk Zambry, dan tiga bebas. Pengawal bagaimanapun enggan berbuat demikian.

Suasana kecoh di dalam dewan apabila kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan Rakyat masing-masing bangun untuk campur tangan keputusan Speaker.

Sekumpulan Adun Pakatan Rakyat menghalang setiausaha dewan Abdullah Antung Sabri yang juga digantung tugasnya duduk di depan Speaker untuk memulakan persidangan.

Mereka menggesa Abdullah agar tidak campur tangan dengan alasan beliau hanya seorang kakitangan kerajaan.

Tindakan itu mendorong wakil-wakil rakyat BN bangun dan turut berhujah. Kedua-dua pihak saling bertengkar dan menjerit-jerit. Suasana dewan menjadi tidak tentu hala.

Bagaimanapun tiada pergaduhan fizikal berlaku.

Zambry cuba berkata sesuatu tetapi Speaker menjawab bahawa beliau enggan mendengarnya. Adun-Adun Pakatan Rakyat cuba menghalang Zambry bercakap.

Cubaan membawa usul menggantikan Speaker tetapi ditolak.

9.55am Speaker Dun V. Sivakumar mengarahkan Zambry Abd Kadir dan enam exconya - yang ditanggung oleh jawatankuasa khas dewan tersebut - keluar.

Speaker Dun mempunyai kuasa tersendiri dalamsidang legislatif perlembagaan tida mengiktiraf keputusan mahkamah yang telah membatalkan penggantungan yang dibuat oleh Dun.

Sivakumar, yang mengetuai jawatankuasa hak dan kebebasan Dun Perak, juga mengarahkan tiga Adun bebas meninggalkan dewan.

Ketiga-tiganya dianggap telah meletakkan jawatan awal Februari lalu, sebelum rampasan kuasa BN.

Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja dan menjerit “keluar” ke arah 10 Adun tersebut, tetapi mereka masih berdegil.

Adun Pakatan Rakyat dan BN masing-masing menjerit ke arah satu sama lain.

IPOH, 7 Mei (SK) : Persidangan Dun Perak yang menjadi topik hangat hari ini bermula seawal menjelang subuh hari ini apabila

sekumpulan 200 penyokong Pas mengadakan solat hajat di Manjoi, beberapa kilometer dari pusat bandar Ipoh.

Berikut perkembangan terkini di Perak:

9.24am Zambry Abd Kadir tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan Dun sebelum pembukaan rasmi sidang.

Beliau berjabat tangan dengan Speaker Dun V. Sivakumar, juga seorang Adun Dap bagi Tronoh.

9.23am Bilangan anggota polis yang kebanyakan berpakaian biasa - dalam vest kuning bertulisan “polis” - semakin ramai di bangunan

Umno.

Suasana tenang, helikopter kelihatan mengawal dari udara.

8.50am Sekurang-kurangnya 11 orang ditahan polis, termasuk ahli parlimen KeADILan-Ampang, Zuraida Kamaruddin, Adun Teratai

(Selangor) Janice Lee dan Adun Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.

8.40am Semua lebih kurang berada di perkarangan lobi bangunan Umno Perak, beberapa kilometer Adun bersidang dengan aman.”

Mereka juga melaungkan “daulat tuanku.”

8.35am Mohammed Nizar dan semua Adun Pakatan Rakyat masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan. Semua pengawal peribadi

mereka disekat masuk di pintu utama. Pemandu dibenarkan masuk.

8.30am Semua Adun BN tiba di Bangunan Perak Darul Ridzuan dalam sebuah bas. Mereka disambut oleh sekumpulan penunjuk

perasaan yang berpakaian hitam di luar bangunan tersebut - yang menempatkan Dun Perak.

Tiga orang ditahan polis, termasuk Adun Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.

7.55am Kira-kira 100 penyokong BN berkumpul di bangunan Umno, beberapa kilometer dari bangunan Dun Perak.

7.45am Kawalan keselamatan ketat di Bangunan Perak Darul Ridzuan - yang menempatkan Dun Perak - bagi menghadapi sebarang

kemungkinan pada hari pertama persidangan yang akan dibuka secara rasmi oleh Raja Muda Perak.

[Laporan penuh menyusul]

Cikgu Bard dan Mat Sabu di tahan polis
Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 6 Mei (SK) KEMASKINI : Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Saharin atau Cikgu Bard dan Naib Presiden Pas Mohamad Sabu telah ditangkap polis sebentar tadi di lokasi berlainan dan tidak diketahui atas dasar apa kesalahan mereka.

Pagi tadi, Cikgu Bard yang mengetuai sekumpulan 30 aktivis Solidariti Anak Musa Malaysia (SAMM) telah menghantar kek harijadi mendiang Altantuya untuk dihadiahkan kepada Perdana Menteri Najib Razak di pejabatnya di  Putrajaya.

Tiga aktivis di tangkap Polis kerana memegang kek dan kain rentang, walau bagaimana pun Cikgu Bard diminta hadir di Baliao Polis Daerah Putrajaya untuk menda[atkan maklum balas tentang penangkapan.

Sementara itu Mat  Sabu di tahan polis semasa sedang makan tengahari di Haslam berdekatan pejabat akhbar rasmi Pas - Harakah, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Tangkapan tersebut dipercayai berkaitan dengan penglibatan beliau dengan kempen Bersih ‘1BLACK Malaysia’ yang menyeru supaya semua rakyat Malaysia memakai pakaian hitam tanda protes terhadap kemelut Negeri Perak pada 7 Mei ini.

Berita lanjut menyusul

Selangor temui KDN usaha bebaskan Manoharan
Anna Yusof

SHAH ALAM, 6 Mei (SK) : Kerajaan Selangor mahu berbincang dengan Menteri Dalam Negeri berhubung pembebasan wakil rakyatnya M. Manoharan daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Surat kepada Hishammuddin Hussein untuk tujuan itu akan dihantar hari ini, kata exco kanan Selangor, Teresa Kok.

Manoharan, Adun Kota Alam Shah, baru-baru ini menimbang untuk melepaskan jawatannya itu dengan alasan gagal berkhidmat kepada pengundi kawasannya.

Beliau antara tiga lagi pemimpin atasan Hindraf yang masih meringkuk di kem Kamunting, Perak sejak Disember 2007. Dua daripada mereka dibebaskan dengan syarat awal bulan lalu.

Teresa, Adun Dap bagi Kinrara, semalam melancarkan kempen tandatangan bagi membebaskan penasihat undang-undang Hindraf itu yang bertanding atas tiket parti itu pada pilihanraya umum lalu.

Bercakap di sidang media sama selepas mesyuarat ahli majlis kerajaan negeri, Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan pertemuan dan kempen tersebut sebagai lanjutan usul memansuhkan ISA yang diluluskan oleh persidangan pertama Dun tersebut tahun lalu.

Dun Kota Alam Shah: Isteri Manoharan kemungkinan ambil alih kerusi
Anna Yusof

KLANG, 5 Mei (SK) : Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, S. Pushpaneela berkemungkinan akan memikul jawatan wakil rakyat secara rasmi jika beliau meletak jawatan pada 19 Mei ini.

Banyak pihak dalaman parti telah memperkatakan tentang kemungkinan tersebut.

“DAP akan menghormati sebarang keputusan Manoharan, tetapi bukan semua orang akan bersetuju dengan cadangan supaya kerusi berkenaan diserahkan secara automatik kepada Pushpaneela,” kata seorang sumber dalaman parti yang juga merupakan pemimpin tempatan.

Pushpaneela ketika ditanya pendapat beliau berkata “Saya menyerahkan perkara tersebut kepada pengundi Kota Alam Shah untuk membuat keputusan sama ada menerima saya ataupun sebalinya.”

Bagaimanapun tegas beliau, keutamaannya ialah adalah untuk berjuang bagi membebaskan Manoharan daripada terus ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Saya mahu membolehkan beliau berkhidmat secara peribadi kepada rakyat yang mengundinya sebelum ini

Sementara itu Kerajaan Selangor akan memberi masa kepada Manoharan untuk membuat keputusan sama ada melepaskan jawatan atau kekal sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim berkata KeADILan serta Pas tidak akan masuk campur dalam keputusan Manoharan yang merupakan wakil daripada Dap.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor (BBTOAS) semalam, beliau berkata pakatan pembangkang di Selangor bersedia menghadapi pilihanraya kecil jika Manoharan membuat keputusan untuk mengosongkan kerusi itu.

Penasihat Undang-Undang Hindraf itu ditahan pada 13 Disember 2007.

Pakatan Rakyat konsisten lindungi hak orang asli
KERAJAAN Pakatan Rakyat Selangor akan terus memelihara dan melindungi hak-hak warisan rakyat yang sudah tinggal di Semenanjung sejak berabad lama.

Menurut Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim pendirian kerajaan Selangor adalah sangat konsisten dan telah terbukti dengan penubuhan Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor (BBTOAS).

“Saya mengucapkan tahniah kepada anda semua kerana menubuhkan Badan Bertindak ini supaya dapat bekerjasama dengan Badan Bertindak Tanah dalam usaha menyelesaikan isu-isu tertunggak yang melibatkan rasa tidak puas hati berhubung dengan tanah milikan Orang Asli,” katanya dalam ucapan perasmianya hari ini.

BBTOAS antara lain berperanan untuk menjaga hak-hak orang asli antaranya tanah dan warisan etnik itu.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menurut Khalid telah memberikan perakuan dan mengembalikan hak-hak mereka bagi mengiktiraf kedudukan dan hak asasi sebagai kumpulan orang yang menjadi warganegara.

Contohnya 22 April lepas yang mana kerajaan negeri telah menarik balik rayuan terhadap kes Sagong Tasi di Mahkamah Persekutuan.

“Dengan penarikan kes tersebut bereti kita bersetuju dengan keputusan mahkamah supaya masyarakat Orang Asli dibayar wang sagu hati yang berpatutan menurut Akta Pemilikan Tanah. Ia juga bermakna, kita menghargai kedudukan masyarakat Orang Asli,” kaanya lagi.

Jelas Khalid lagi BBTOAS merupakan titik tolak untuk melaksanakan tugas yang lebih bessar iaitu bagi memastikan tanah Orang Asli diwartakan.

Selain itu, BBTOAS juga akan memastikan hak milik tanah dikeluarkan kepada masyarakat Orang Asli ddan langkah seterunya mengadakan perbincangan antara Orang Asli dengan Kerajaan Negeri berhubung memenuhi keperluan mereka dalam jangka panjang.

“Kerajaan Negeri berjanji untuk memastikan aspek-aspek kebudayaan, tradisi, nilai, adat resam dan kepercayaan masyarakat Orang Asli dibiarkan kekal terpelihara sebagaimana yang dinikmati oleh masyarakat lain walaupun projek pembangunan berancang giat dilakukan oleh pihak kerajaan negeri,” katanya lagi.