Suara KeADILan Online » Parlimen

Kerajaan Terengganu harus contohi kerajaan pakatan rakyat - AMK
KUALA TERENGGANU, 24 Jun (SK)-Angkatan Muda KeADILan Terengganu meminta kerajaan negeri berkenaan mencontohi pentadbiran kerajaan Negeri-negeri dibawah Pakataan Rakyat didalam mengunakan aset kerajaan.

Menurut Ketuanya, Fariz Musa dalam aspek ini, Kerajaan Terangganu haruslah peka dengan masalah ekonomi negara yang inflasinya semakin hari semakin meninggi.

“Kerajaan Terengganu harus menghormati perasaan rakyat, rakyat masih lagi merana dengan penambahan kos sara hidup, namun kerajaan menggunakan perbelanjaan dengan begitu mewah,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Besar Terengganu  Ahmad Said membuat kenyataan untuk menukarkan kereta Proton jenis Perdana V6 kepada Mercedes dengan alasan kos penyelengaraan perdana lebih mahal.

Tambah Fariz, kerajaan Terengganu harus menyokong produk kenderaan nasional dan seharusnya jika Perdana V6 yang dikeluarkan Proton begitu mahal penyelenggaraanya, kerajaan harus menukarkan kepada produk lain.

“Proton mempunyai banyak produk, antaranya Waja dan Wira, sekiranya mahu menjimatkan kos selenggara, tukarlah kepada kenderaan berkenaan bukan membeli yang lebih mahal,” katanya.

Sementara itu berkaitan dengan kos penyelenggaraan Perdana sehingga mencecah lebih RM 50,000 bagi sebuah kereta, Menurut Fariz, AMK akan membuat satu laporan polis esok di IPD Kuala Terengganu.

“Bagi kami dan rakyat, ianya menimbulkan tanda tanya. Mungkin timbul penyelewengan diantara kerajaan negeri dan kontraktor yang menguruskan penyelenggaraan kereta berkenaan,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

KEMASKINI: Speaker Tolak Usul Bahas Tidak Percaya: Pakatan Rakyat Keluar Dewan
Parlimen 14 Julai menyaksikan kesemua wakil rakyat Pakatan Rakyat keluar dewan sebagai tanda protes kepada tindakan Speaker Parlimen, Pandikar Amin Mulia, menolak usul bahas tidak percaya terhadap Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam sidang akhbar mengejut yang diadakan sejurus selepas itu, Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail (KeADILan-Permatang Pauh) memberitahu beliau amat dukacita dengan cara usul tergempar itu ditangani oleh Speaker.

“Saya mahu tahu mengapa usul bahas tidak percaya itu ditolak. Ini adalah reaksi kerajaan kerana kita mahu membahaskan satu usul secara demokratik di Parlimen,” katanya.

“Pakatan Rakyat amat kecewa dan kami kesal ini terjadi. Adakah ini satu serangan? Mengapa mereka harus berbuat sedemikian? Speaker hanya memberi 30 minit untuk kita bercakap,” kata Dr Wan Azizah dan menambah, “kerana ini kita bertindak keluar. Mereka menghina suara rakyat yang kita bawa ke Dewan Rakyat,” tegas Presiden KeADILan itu.

Beliau juga berkata Pakatan Rakyat akan memboikot keseluruhan prosiding Dewan Rakyat bukan sahaja sebagai tanda bantahan kepada penolakan usul bahas itu, tetapi juga tindakan polis mengepung Parlimen dan menukarnya kepada “medan perang”.

Dalam kegemparan yang berlaku pada 14 Julai itu, usul bahas tidak percaya terhadap Abdullah itu ditolak Pandikar atas alasan isu itu telah dibahaskan bulan lalu.

Menurut Pandikar, usul bahas yang difailkan oleh Menteri Perdagangan Domestik & Hal Ehwal Pengguna Shahrir Abdul Samad pada 23 Jun lalu adalah usul tidak percaya.

Dr Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan usul bahas tidak percaya ke tangan Pandikar di pejabatnya pada 10 Julai lalu, diiringi 14 ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Suara Rakyat Disekat

Sejurus sebelum Speaker mengarahkan Setiausaha Dewan Rakyat mengumumkan sidang beralih kepada perbahasan Penggal Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9), Dr Wan Azizah bangun meminta Speaker mempertimbangkan semula keputusan menghalang usul bahas tidak percaya itu.

Pandikar bagaimanapun tidak melayan permintaan Pakatan Rakyat. Katanya, usul yang difailkan dibawah Peraturan 18(1) itu menggesa kepada satu resolusi, namun begitu kuasa resolusi tidak terletak dibawah peraturan 18(1).

Keputusan Speaker itu menyebabkan Dewan Rakyat menjadi riuh dengan wakil rakyat BN menghentak meja, menjerit dan mengajuk Pakatan Rakyat, disaksikan oleh media tempatan, antarabangsa dan delegasi Parlimen dari Singapura.

Ketika diminta memberi sebab kukuh kepada penolakan itu, Pandikar berkata, beliau selaku Speaker diberi kuasa muktamad bahkan tidak perlu memberi alasan lain kepada sesiapapun berhubung keputusan yang dibuat.

Selepas gagal merayu beberapa kali untuk membenarkan isu nasional ini dibahaskan, Dr Wan Azizah mengumumkan Pakatan Rakyat keluar dari Dewan Rakyat kerana tidak dibenarkan membawa suara rakyat ke Dewan yang mulia itu.

“Keluar! Keluar semua! Balik rumah lah,” ejek wakil rakyat BN semasa Pakatan Rakyat beredar melalui pintu keluar Dewan Rakyat.

BN Ketakutan

BN melepaskan nafas lega dengan keputusan Speaker menyekat debat usul tidak percaya itu. Ketika menyerahkan usul debat tidak percaya pada 10 Julai lalu, Dr Wan Azizah berkata rakyat menyokong penuh usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Usul yang difailkan dibawah Peraturan 18(1) itu berbunyi:

“Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan.”. . .

Ditemui wartawan, Dr Wan Azizah berkata objektif usul itu bukanlah resolusi undi tidak percaya, sebaliknya ia usaha Pakatan Rakyat membawa keluhan dan suara rakyat terhadap kerajaan ke pemerhatian Parlimen.

Tambah beliau, Pakatan Rakyat tidak terkejut sekiranya Speaker menolak usul itu.

Keesokan harinya, dalam satu sidang akhbar 11 Julai lalu, Parti Progresif Sabah (SAPP) menyatakan sokongan penuh kepada usul tersebut. Presiden SAPP Yong Teck Lee memberi jaminan wakil rakyat Sabah bersama Pakatan Rakyat sekiranya resolusi dibuat di Parlimen pada diadakan di Parlimen.

Dari risikan Suara Keadilan, kesemua enam wakil rakyat SAPP hadir di Dewan Rakyat hari ini.

Isu Parking, Pelan KL2020 ‘hangatkan’ dewan
Parlimen, 10 Julai (SK) – Dewan dihangatkan dengan soalan yang bertalu-talu berhubung isu tempat letak kerata dan perlaksanaan Pelan KL2020 yang dibangkitkan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan dalam sesi penggulungan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Antara MP Pakatan Rakyat yang bangkit berhujah termasuklah Chua Tian Chang (Batu), Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Dr. Tan Seng Giaw (Kepong), Teresa Kok Suh Sim (Seputeh), Lim Lip Eng (Segambut), Dr. Lo’Lo’ Ghazali (Titiwangsa), Fong Kui Lun (Bukit Bintang).

Sementara itu, N. Gobalakrishnan (Padang Serai) dan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (Balik Pulau) turut mengambil bahagian dalam sesi tersebut.

Perkara yang dibangkitkan mereka itu membabitkan permasalahan perlaksanaan sistem bayaran tempat letak kereta termasuklah tempoh masa bayaran yang didakwa tidak dipatuhi, kesukaran penghuni di tempat perlaksanan sistem itu, dan seumpamanya.

Isu sistem pengangkutan awam juga turut dibangkit sehingga mengakibatkan kesesakan jalan raya kerana rakyat terpaksa menggunakan kenderaan peribadi yang menyebabkan juga masalah tempat letak kereta dan saman.

Dalam masa yang sama MP Pakatan Rakyat juga membangkitkan persoalan pelaksanaan Pelan KL2020 yang digubal tanpa mengambil kira pandangan Ahli Parlimen dan rakyat di Wilayah Persekutuan di samping mempertikai tindakan kementerian yang tidak menerbitkan untuk tatapan umum jilid ketiga pelan tersebut yang menjelaskan secara terperinci pelan itu.

Kerajaan enggan jelas langkah syarikat penerbangan atasi impak kenaikan minyak
Parlimen, 10 Julai (SK) – Timbalan Menteri Pengangkutan, Lajim Ukin mengambil sikap untuk tidak menjawab soalan berhubung langkah-langkah yang diambil syarikat-syarikat penerbangan di negara ini bagi mengatasi kerugian impak kenaikan harga minyak.

Persoalan itu dibangkitkan Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dalam soalan tambahannya meminta kerajaan menjelaskan langkah persediaan yang akan dan sedang dilakukan syarikat penerbangan di negara ini bagi memastikan kelangsungnya berikutan kenaikan kos jet fuel sejak kebelakangan ini.

Dalam soalannya itu, Dr. Dzulkefly turut merujuk kepada 24 syarikat penerbangan gergasi dunia seperti Delta North Wealth, United Airlines dan lain-lain yang telah mengalami kerugian berbilion ringgit.

“Lantaran impak kerugian tersebut, syarikat-syarikat berkenaan mengambil langkah mengurangkan kapasiti dan kos serta meningkatkan kadar tambang masing-masing tetapi  syarikat penerbangan tempatan mengambil pendekatan yang sebaliknya”, jelas Dr. Dzulkefly.

“Kita khuatir terhadap survival national career kita. Apakah langkah-langkah yang diambil MAS untuk terus ‘hidup’ dalam suasana yang meruncing ini” soal beliau kemudiannya.

Timbalan menteri itu walaubagaimanapun tidak menjelaskan langkah-langkah itu secara lebih terperinci dan berilmiah sebaliknya menjelaskan pengurangkan kos perkhidmatan di samping mengurangkan penerbangan ke sesuatu destinasi tanpa menjelaskan mekanisme yang bersepadu dan komprehensif.

Bahkan beliau juga sebelum itu mendakwa soalan yang dikemukan ahli parlimen PAS itu terkeluar daripada isu sebenar sedangkan berpandukan soalan asal, soalan tersebut berkaitan dan relaven.

Usul tidak percaya: Kenyataan Akhbar Ketua Pembangkang
8 Julai 2008

KENYATAAN AKHBAR KETUA PEMBANGKANG

Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2)

Sebentar tadi saya dengan diiringi wakil parti-parti komponen Pakatan Rakyat telah menghantar surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk membawa satu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2).

Usul tersebut berbunyi:

“Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan.”

Pilihanraya Umum ke-12 menyaksikan ‘Tsunami Politik’ yang mengakibatkan 5 negeri dan juga Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat sekaligus menafikan penguasaan majoriti 2/3 Barisan Nasional.

Kemenangan tipis BN ini  telah dicapai melalui manipulasi SPR dan pembohongan yang tidak bermaruah. Harga minyak telah dinaikkan secara mengejut selepas PRU walaupun Timbalan Perdana Menteri semasa melancarkan manifesto BN telah berjanji tidak akan menaikkannya. Negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat  juga dianaktirikan menunjukkan sikap BN yang bertentangan dengan semangat demokrasi dan federalisme. Ahli-ahli Parlimen BN yang bertindak menolak sikap pimpinan mereka yang tidak bertanggung-jawab diugut dan dipaksa supaya tidak bersuara.

Perkembangan ini mengakibatkan wujudnya krisis keyakinan terhadap YAB Perdana Menteri dan kabinet beliau. Rakyat kini dilanda beberapa krisis besar seperti harga minyak yang terlalu membebankan rakyat, harga bahan makanan dan keperluan asas rakyat yang semakin mahal, keyakinan rakyat yang semakin terhakis terhadap institusi Polis, Peguam Negara dan Badan Kehakiman, Peningkatan kadar jenayah dan gejala Rasuah yang semakin membarah.

Kami yakin Dewan yang mulia ini wajar membincangkan Usul yang dikemukakan ini.

Sekian, terima kasih.

YB Dr Wan Azizah Wan Ismail

Ketua Pembangkang Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Permatang Pauh

Pakatan Rakyat usul undi tidak percaya petang ini
Parlimen,10 Julai (SK)- Pakatan Rakyat diparlimen yang dipimpin oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengemukakam usul tidak percaya kepada Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi tepat jam 3 petang di sini hari ini.

Sebelum ini, Parti Progresif rakyat sabah (SAPP) pernah mengumumkan akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Abdullah.

lagi berita menyusul

Soalan lisan dipinda lagi
Parlimen, 10 Julai (SK) – Kejadian meminda soalan lisan yang dikemukakan ahli-ahli Parlimen khususnya dari Pakatan Rakyat yang berlaku pada sesi lalu berulang lagi. Kali ini terhadap pada soalan yang dikemukakan Fuziah Salleh (KeADILan-Kuantan).

Sewaktu sampai giliran soalan tersebut, Fuziah menjelaskan bahawa soalan yang dikemukakan beliau itu telah dipinda tanpa izin. Jelas beliau, soalan yang hendak ditanyanya melibatkan isu Majlis Pembangunan Wanita Negeri tetapi telah dipinda kepada isu Majlis Penasihat Wanita Negara.

Dakwa Fuziah, soalan beliau itu telah ditukar pihak kementerian berkenaan kerana mungkin takut dan enggan menjawab soalan asal yang dikemukakan beliau.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon kemudiannya cuba berdalih dengan mengatakan bahawa pihak kementeriannya akan memberikan jawapan berdasarkan soalan yang dikemukakan dan menafikan tindakan meminda soalan itu.

Fuziah walaubagaimanapun tidak dapat menerima jawapan timbalan menteri itu dan mengkritik tindakan itu dan mengatakan alasan itu sebagai yang tidak mubasabah.

Lantaran bantahan Fuziah itu, Noriah memberi jaminan kementeriannya akan memberikan jawapan bertulis kepada Fuziah bagi menjawab soalan yang asalnya itu.

Timbalan Speaker, Ronald Kindee kemudiannya memanggil soalan berikutnya sekaligus menafikan hak Fuziah yang sebelum itu bertegas meminta dibenarkan memberikan soalan tambahan.

Dalam pada itu, Noriah mencelah lantas berkata bahawa soalan itu juga boleh ditanya Fuziah pada sesi parlimen yang berikutnya.

Tindakan Timbalan Speaker dan Timbalan Menteri itu, menyebabkan Fuziah membalas sekaligus mengakibatkan berlakunya aksi bertikam lidah antara beliau dan Noriah.

Dewan ‘panas’ seketika dengan kelantangan suara kedua ahli parlimen wanita yang bertikam lidah itu sebelum diredakan Ronald.

Sementara itu, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan M. Kula Segaran (DAP-Ipoh Barat) turut bangkit mempertikaikan  tindakan kerajaan yang sering meminda soalan seseorang ahli parlimen. Mereka menyelar tindakan itu dan mendesak supaya perkara itu tidak segera dihapuskan.

Sebagaimana sesi parlimen lalu, Speaker sekali lagi memberi jaminan bahawa perkara itu tidak akan berulang lagi.

Isu kongkongan pensyarah, pelajar IPT, menteri enggan jawab
Parlimen, 9 Julai (SK) – Isu kongkongan pensyarah dan pelajar IPT yang dikatakan menjadi punca kemerosotan prestasi keseluruhan IPT di negara enggan dijawab Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin.

Perkara itu dibangkitkan Abdul Hadi Awang, (PAS-Marang) dalam celahannya pada sesi penggulungan kementerian berkenaan.

Abdul Hadi dalam soalannya meminta penjelasan apakah kemerosotan IPT itu disebabkan amalan kongkongan pihak kerajaan terhadap pensyarah dan pelajar institusi itu.

Menurut Presiden PAS itu, kejatuhan IPT berlaku berikutan hilangnya daya kritis terbuka dan kebebasan berhujah di institusi berkenaan.

Jelas Abdul Hadi lagi kemerosotan IPT itu juga berikutan amalan menggunakan bahasa asing dalam sesi pembelajarannya.

Khaled dalam jawapannya menyatakan bahawa kesemua IPT di negara ini menggunakan Bahasa Malaysia sebagai pengantar dalam sesi akademiknya kecuali Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Namun begitu, menteri berkenaan langsung tidak menjelaskan jawapannya mengenai isu kongkongan pensyarah dan pelajar yang dibawa Abdul Hadi itu lantaran terus menyambung ucapan penggulungannya.

Ranking Indeks Prestasi Alam Sekitar, Malaysia jatuh!
Parlimen, 9 Julai (SK) – Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail hari ini memaklumkan dewan bahawa ranking negara dalam Indeks Prestasi Alam Sekitar jatuh daripada negara ke-9 daripada 133 negara pada 2006 kepada ke-27 pada 2008.

Perkara tersebut didedahkan Saifuddin dalam soalan tambahannya sekaligus meminta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menjelaskan tentang perkara itu yang mungkin disebabkan kegagalan menguruskan alam sekitar dengan baik.

Walaubagaimanapun, Timbalan Menteri, Senator Maznah Mazlan tidak menjawab tepat soalan tersebut sebaliknya merujuk kepada isu negara-negara penyumbang pengeluaran karbon di dunia dengan dakwaannya Amerika Syarikat dan China sebagai penyumbang karbon terbesar sementara Malaysia hanya mengeluarkan 0.6% bahan itu.

Timbalan menteri itu juga kemudiannya mengalihkan jawapannya kepada persoalan isu Malaysia yang mempunyai hutan asli yang luas tanpa menjawab sebab-sebab kemungkinan kejatuhan ranking prestasi alam sekitar sebagaimana yang didakwa Saifuddin.

Subsidi minyak terus lebih mudah, menjimatkan – Khalid
Parlimen, 9 Julai (SK) – Pemberian subsidi secara terus melalui pengurangan harga minyak di negara ini disifatkan Pakatan Rakyat sebagai lebih menjimatkan kos serta memudahkan pihak kerajaan dan rakyat keseluruhan.

Hujah itu dikemukakan Khalid Ibrahim (KeADILan-Bandar Tun Razak) yang mendakwa bahawa tindakan kerajaan memberikan rebet minyak sebagai menggantikan subsidi minyak menyebabkan meningkatnya kos khususnya membabitkan kos operasi di samping menyusahkan cara pengurusan pembayaran itu berbanding pemberian subsidi minyak secara terus sebelumnya.

Khalid mengatakan perkara itu semasa celahan beliau dalam ucapan penggulungan Kementerian Kewangan yang disampaikan menteri keduanya, Nor Mohamad Yaakop.

Dalam masa yang sama, Menteri Besar Selangor itu juga mengajak kerajaan untuk bersama-sama mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk pembangkang bagi memikirkan kaedah lebih paling efisien dalam soal pemberian subsidi ini bagi mengganti cara yang diputuskan kerajaan hari ini.

Sementara itu Sallehuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) menyifatkan bahawa pemberian rebet itu tidak dilakukan secara adil kerana tidak membabitkan seluruh rakyat di negara ini khususnya golongan yang berpendapatan rendah yang hanya memiliki sebuah kereta berbanding yang lebih berkemampuan yang mempunyai lebih dari satu kenderaan.