Jumaat, 4 Julai 2008

Kenyataan

TPM Perlu Letak Jawatan Segera- AMK

Jumaat, 4 Julai 2008

KENYATAAN MEDIA
4 Julai 2008

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berterusan mengulangi pembohongan beliau kepada rakyat mengenai hubung kait beliau dengan mendiang Altantuya Sharibuu dan juga keterlibatan beliau sebagai dalang di dalam fitnah terbaru melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Setelah pendedahan menggemparkan yang dibuat oleh penyiasat persendirian …



Polis Diseru Siasat Perakuan Seks Najib Razak-Altantuya

Khamis, 3 Julai 2008

Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua menyeru pihak berkuasa untuk meneliti dan mengambil serius Perakuan Bersumpah yang mendedahkan hubungan Timbalan Perdana Menteri Najib Razak dan Altantuya Shaariibuu.

Perakuan Berumpah penyiasat persendirian Balasubramian Perumal itu membutirkan penemuan beliau berhubung hubungan intin antara Najib Razak itu dan wanita Mongolia yang dibunuh dengan kejam oleh dua pengiring …



Anwar dedah Najib punyai hubungan dengan Altantuya

Khamis, 3 Julai 2008

KUALA LUMPUR, 3 Julai (SK) - Penyiasat persendirian, Balasubramaniam Perumal hari ini mendedahkan Timbalan PM telah melakukan hubungan seks dengan Altantuya.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat KeADILan pagi ini, Balasubramaniam telah memberikan beberapa butiran yang menunjukan hubungan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak bersama dengan Altantuya.

Beliau turut mendedahkan Najib Razak telah memperkenalkan Altantuya kepada Penganalisa Politik, …



Anwar Bersama Rakyat di Stadium Melawati Shah Alam Malam Ini

Selasa, 1 Julai 2008

Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim menjemput rakyat Malaysia untuk bersama beliau di Stadium Melawati, Shah Alam pada malam ini jam 8.30 malam.

Turut serta pada ceramah itu nanti adalah Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, pucuk pimpinan KeADILan dan aktivis reformasi sebagai tanda solidariti kepada Anwar Ibrahim.

Sila hadir beramai-ramai sebagai tanda sokongan. Rakan media dijemput hadir.



Anwar Fail Saman Berkenaan Laporan Polis Fitnah Pada 30 Jun (Isnin)

Ahad, 29 Jun 2008

Wakil peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan saman berkenaan laporan polis berbau fitnah yang dibuat ke atasnya itu pada 30 Jun (Isnin), jam 9:30 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Cadangan asal untuk membuat laporan polis ke atas Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Abdul Gani Patail berhubung salahlaku, termasuk mereka …



Perhimpunan Solidariti “Selamatkan Malaysia, Keadilan untuk Anwar” di Parlimen

Ahad, 29 Jun 2008

Semua aktivis dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dijemput hadir perhimpunan solidariti “Selamatkan Malaysia, Keadilan untuk Anwar” di Parlimen esok (30 Jun).

Berikut adalah butiran perhimpunan:

Tarikh: 30 Jun (Isnin)
Masa: 1:00 petang
Tempat: Parlimen

Perhimpunan ini bertujuan untuk menunjukkan bantahan terhadap fitnah dan ketidakadilan yang berlaku sekali lagi ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Sesiapa …



Report Against Anwar A Retaliation Against Evidence Of Wrongdoing

Ahad, 29 Jun 2008

The police report lodged against me earlier today is a complete fabrication. I believe we are witnessing a repeat of the methods used against me in 1998 when false allegations were made under duress. This is clearly a desperate attempt by the Barisan Nasional regime to arrest the movement of the Malaysian people towards freedom, …



Catatan Pemimpin: 100 Hari Pakatan Rakyat: Kepedulian Terbukti

Sabtu, 28 Jun 2008

OLEH: Zuraida Kamaruddin

SETELAH genap 100 hari pemerintahan baru Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat, penduduk negeri ini mula merasakan nikmatnya ditadbir oleh kepimpinan yang menjadikan ketuanan rakyat sebagai fokus utama.

Pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor ternyata dinamik dan mempunyai kepedulian yang tinggi kepada rakyatnya.

Komitmen ini terserlah dengan pelbagai pembaharuan dan pendekatan yang diambil bagi meyakinkan rakyat …



Suara Keadilan Mohon Terbit Dua Kali Seminggu

Rabu, 25 Jun 2008

Kenyataan Media
25 Jun 2008

Suara Keadilan Mohon Terbit Dua Kali Seminggu

Lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan akan mengemukakan permohonan untuk penerbitan dua kali seminggu dalam masa terdekat agar maklumat parti dapat disebarkan dengan lebih meluas dan pantas.

Keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan permohonan akhbar rasmi PAS, Harakah seharusnya konsisten dan berlaku adil terhadap semua …



DBKL Wajib Batalkan Kenaikan Caj Tempat Letak Kereta

Khamis, 12 Jun 2008

Kenyataan Media Bersama Oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan

DBKL Wajib Batalkan Kenaikan Caj Tempat Letak Kereta

Kami selaku Ahli Parlimen mewakili rakyat di seluruh Kuala Lumpur berasa amat kecewa dengan tindakkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikan kadar caj tempat letak kereta di pusat bandar sehingga mencecah 35% dari 60 sen kepada 80 sen yang …