Kenyataan

Mahkamah tidak benar reman, Fariz dibebaskan hari ini

Isnin, 5 Januari 2009

KETUA Angkatan Muda KeADILan Terengganu, Fariz Musa yang ditahan pagi ini akan dibebaskan dalam tempoh 24 ditahan, menurut Muzafeq Muhammad.

Muzafeq yang juga Timbalan Ketua AMK Terengganu, keputusan berkenaan dibuat selepas Mahkamah Majestret tidak membenarkan Fariz dan lima yang lain direman.

“Mahkamah (majestret) tengah hari tadi bersidang dan tidak membenarkan polis mengenakan tahanan reman terhadap mereka berempat,” …



Perutusan Tahun Baru 2009

Khamis, 1 Januari 2009

Setiap kali tiba tahun baru, maka kita berkesempatan melakukan dua perkara; merenung kembali apa yang sudah kita usahakan sepanjang tahun yang bakal berlalu pergi serta menetapkan matlamat baru mahupun menjayakan apa yang belum kita capai.

Tahun 2008 merakamkan beberapa peristiwa bersejarah. Sekian lama kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Umno tidak pernah digugat kedudukannya, namun tahun ini …



ISU PALESTIN: PM Perlu Panggil Sidang Dewan Rakyat Tergempar

Khamis, 1 Januari 2009

KUALA LUMPUR, 1 JANUARI (SK) - ANGKATAN Muda KeADILan (AMK) mengulangi pendirian KeADILan bagi mengadakan Sidang Dewan Rakyat tergempar bagi mengutuk kekejaman serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

“AMK mendesak PM Abdullah selaku Perdana Menteri untuk memanggil Sidang Dewan Rakyat tergempar bagi mendapat sokongan kedua pihak kerajaan dan pembangkang bagi sama-sama meluluskan usul mengutuk serangan Israel …



SAYA AKAN DEDAHKAN SKANDAL TERBARU KAPAL SELAM - Zahar Hashim

Selasa, 30 Disember 2008

Bekas Ketua Umno Bahagian PJS turut akui banyak penipuan dalam Umno

Bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Zahar Hashim, akan mendedahkan satu salinan dokumen yang ditandatangani oleh salah seorang bekas pegawai tertinggi TLDM (Tentera Laut DiRaja Malaysia) berkenaan pembelian sebuah lagi kapal selam.

Menurut beliau dalam satu wawancara bersama Suara Keadilan, keputusan beliau untuk tidak lagi bersama Umno dijadikan akses untuk beliau mendedahkan kepada umum mengenai skandal-skandal Umno.



Rombakan perhubungan negeri, Anwar ketuai Sabah dan Sarawak

Jumaat, 26 Disember 2008

KETUA Umum KeADILan Anwar Ibrahim mengetuai kepimpinan KeADILan di Sabah dan Sarawak dalam rombakan yang dibuat parti ini baru-baru ini.

Menurut Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail, keputusan tersebut dicapai setelah mempertimbangkan sokongan yang kini semakin nyata terhadap PKR, terutamanya selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-12 dan pembentukan gagasan Pakatan Rakyat.

“Agenda untuk melakukan perubahan di Sabah …



P036 KT: AMK Rasmi Bilik Gerakan 31 Disember

Isnin, 22 Disember 2008

ANGKATAN Muda KeADILan (AMK) akan merasmikan bilik gerakan utama AMK bagi pilihanraya kecil parlimen (PRK) Kuala Terengganu, 31 Disember ini.

Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, beliau serta Pengarah Pilihanraya AMK Pusat, Fariz Musa akan memberikan sepenuh kerjasama dan bantuan kepada jentera pilihanraya pemuda PAS negeri Terengganu.

”Bilik Gerakan akan dirasmikan pada 31 Disember, kita akan …



PRK P36: AMK Gempur Macam Di Permatang Pauh

Sabtu, 13 Disember 2008

ANGKATAN Muda KeADILan (AMK) akan mengadakan gerak gempur menyeluruh di Kuala Terengganu sebagaimana dilakukan ketika menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dahulu bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat.

Ketua AMK,Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pihaknya telah pun menghubungi Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu dan akan mengadakan mesyuarat pemuda Pakatan Rakyat pada 17 Disember ini sebagai persiapan …



Wanita KeADILan digesa pecah dominasi lelaki dalam politik

Isnin, 1 Disember 2008

SHAH ALAM: Wanita Keadilan mesti cekal dan sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan cabaran dunia politik arus perdana jika mahu menempatkan martabat mereka setanding dengan kaum lelaki di samping memecahkan dominasi kaum terbabit.

Pembabitan serius kaum wanita menyertai arena politik yang umumnya dianggap hanya sesuai bagi kaum lelaki sangat penting bagi membuktikan kepada kepimpinan parti bahawa wanita …



Tiga usul Wanita lulus tanpa bahas

Isnin, 1 Disember 2008

Oleh: Edi Suleiman

SHAH ALAM: Kongres Wanita Keadilan ke 5 pada 28 November lalu menyaksikan tiga usul utama diluluskan tanpa bahas untuk dibentangkan dalam Kongres Nasional Tahunan pada 29 November lalu.

Kongres berkenaan yang dihadiri lebih 600 perwakilan dan pemerhati sebulat suara menerima ketiga-tiga usul yang mmenyentuh mengenai Kuota 30 peratus pembabitan wanita di peringkat tertinggi parti, …



UCAPAN PERASMIAN TIMBALAN PRESIDEN DR SYED HUSIN ALI

Jumaat, 28 November 2008

KONGRES WANITA DAN ANGKATAN MUDA 2008PARTI KEADILAN RAKYAT

Saya memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dapat merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda pagi ini di tempat yang begitu luas dan selesa. Ini dimungkinkan berkat kemenangan besar kita dalam PRU 12 dan kejayaan Parti Keadilan Rakyat (keADILan) memimpin pemerintahan PAKATAN di Selangor. …