Jumaat, 4 Julai 2008

Angkatan Muda

TPM Perlu Letak Jawatan Segera- AMK

Jumaat, 4 Julai 2008

KENYATAAN MEDIA
4 Julai 2008

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berterusan mengulangi pembohongan beliau kepada rakyat mengenai hubung kait beliau dengan mendiang Altantuya Sharibuu dan juga keterlibatan beliau sebagai dalang di dalam fitnah terbaru melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Setelah pendedahan menggemparkan yang dibuat oleh penyiasat persendirian …



Anak muda tubuh ‘Geramm’ untuk bantah minyak

Khamis, 12 Jun 2008

KUALA LUMPUR 12 Jun (SK) - Beberapa organisasi, antaranya Angkatan Muda KeADILan (AMK), Anwar Ibrahim Club (AIC), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Ikatan Kebajikan Rakyat sepakat menubuhkan Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak atau Geramm.

Ketika sidang media di Petaling Jaya, pagi ini, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyatakan komited Geramm untuk terus menggembleng …



Pemuda Pakatan Rakyat anjur protes 13 Jun ini

Selasa, 10 Jun 2008

KUALA LUMPUR, 10 Jun (SK) - Selaras dengan komitmen Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Pemuda Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh AMK, Dewan Pemuda Pas Pusat dan Pemuda DAP akan menggerakkan protes rakyat terhadap isu kenaikan harga minyak di Malaysia. Maklumat perhimpunan adalah seperti berikut:

Tarikh: 13 Jun 2008.
Tempat: Masjid Kampung Baru ke Suria KLCC
Masa: 2.30 ptg

Menurut …



Susulan Kenaikan Harga Minyak, Serahkan Kepimpinan Malaysia Kepada Anwar Ibrahim

Ahad, 8 Jun 2008

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia bertegas menggesa kerajaan supaya tidak menaikkan harga petrol di Malaysia. AMK komited dengan komitmen keADILan dan rakan-rakan PR yang lain bahawa seluruh rakyat Malaysia berhak menikmati hasil bumi negara, melalui peningkatan kadar keuntungan yang diperolehi Petronas dari tahun ke tahun.

Mekanisma baru subsidi yang ditawarkan kerajaan tidak berupaya meringankan beban rakyat …



Kenaikan Harga Minyak: AMK Akan Gerakkan Protes Seluruh Negara

Khamis, 5 Jun 2008

Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) membidas tindakan kerajaan Barisan Nasional kerana meneruskan ‘tradisi membebankan rakyat’ berikutan kenaikan harga petrol dan diesel masing-masing pada kadar RM2.70 dan RM2.58 seliter berkuatkuasa semalam.

Ini juga disusuli dengan kenaikan tarif elektrik yang bakal menyusul pada tarikh 1 Julai 2008.

Pengumuman Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi seperti biasa akan disusuli oleh …



Sebelum Ganti Daftar Pemilih, Rashid Perlu Letak Jawatan

Rabu, 28 Mei 2008

Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang positif langkah yang ingin diambil oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menggantikan daftar pemilih yang akan melibatkan pendaftaran semula pengundi.

Pun begitu, AMK berpandangan bahawa adalah lebih wajar bagi kerajaan untuk menggantikan kepimpinan SPR sedia ada agar sebarang langkah ke arah reformasi sistem pilihanraya yang hendak diambil tidak sekadar melepaskan …



AMK buat laporan polis percepatkan siasat kes Linggam esok

Jumaat, 23 Mei 2008

KUALA LUMPUR, 23 Mei (SK) - Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin, akan membuat satu laporan polis untuk menyegerakan siasatan keatas enam individu yang terlibat dalam kes Linggam petang esok.

Orang ramai dijemput untuk berkumpul di Kompleks Membeli Belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman pada jam 3 Petang sebelum membuat laporan polis …



Pentas Perdana Suara Anak Muda di Gombak Setia

Selasa, 20 Mei 2008

PENTAS PERDANA SUARA ANAK MUDA

SEMPENA PERASMIAN KOMUNITI AMK GOMBAK SETIA

PEMIDATO JEMPUTAN :

1. KHAIRUL ANUAR(KETUA AMK SELANGOR)

2. YB CHANG LIH KANG(ADUN TEJA PERAK)

3. YB NIK NAZMI NIK AHMAD(ADUN SERI SETIA/SET POL MB SELANGOR)

4. YB YUSMADI YUSOF (AHLI PARLIMEN BALIK PULAU)

5. SHAMSUL ISKANDAR MAT AKIN(KETUA AMK MALAYSIA)

TEMPAT: DEWAN MUHIBBAH TAMAN BOLTON

(
http://www.wikimapia.org/#lat=3.2431817&lon=101.6967648&z=17&l=0&m=h&v=2
)

TARIKH: 20 MAY 2008

MASA : 9 MALAM

ANJURAN …



Tun Mahathir keluar parti, Umno Sudah Tidak Relevan

Selasa, 20 Mei 2008

Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Malaysia

20 Mei 2008

Tun Mahathir keluar parti, Umno Sudah Tidak Relevan

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) berpendirian bahawa pengumuman Tun Mahathir Mohamad keluar daripada Umno adalah bertitik tolak daripada pelbagai konflik yang berlaku di dalam parti berkenaan.

AMK tidak terkejut dengan pengumuman Tun Mahathir, memandangkan sebelum ini tiga Presiden Umno terdahulu (Dato’ Onn Jaafar, …



Shamsul: Shahrir Tidak Realistik

Rabu, 7 Mei 2008

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin menyanggah kenyataan Menteri KPDNHEP, Dato’ Shahrir Samad yang memandang sinis tekad Pakatan Rakyat (PR) untuk menurunkan harga minyak jika memerintah Malaysia.

Kenyataan Shahrir yang menyatakan bahawa komitmen PR adalah simplistik menggambarkan kedangkalan beliau dalam memahami aspek tadbirurus sumber ekonomi negara. Komitmen KeADILan dan rakan-rakan PR lainnya untuk menurunkan harga minyak …