Rabu, 8 Oktober 2008

Pusat

Anwar Bersama Rakyat di Stadium Melawati Shah Alam Malam Ini

Selasa, 1 Julai 2008

Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim menjemput rakyat Malaysia untuk bersama beliau di Stadium Melawati, Shah Alam pada malam ini jam 8.30 malam.

Turut serta pada ceramah itu nanti adalah Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, pucuk pimpinan KeADILan dan aktivis reformasi sebagai tanda solidariti kepada Anwar Ibrahim.

Sila hadir beramai-ramai sebagai tanda sokongan. Rakan media dijemput hadir.



Anwar Fail Saman Berkenaan Laporan Polis Fitnah Pada 30 Jun (Isnin)

Ahad, 29 Jun 2008

Wakil peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan saman berkenaan laporan polis berbau fitnah yang dibuat ke atasnya itu pada 30 Jun (Isnin), jam 9:30 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Cadangan asal untuk membuat laporan polis ke atas Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Abdul Gani Patail berhubung salahlaku, termasuk mereka …



Perhimpunan Solidariti “Selamatkan Malaysia, Keadilan untuk Anwar” di Parlimen

Ahad, 29 Jun 2008

Semua aktivis dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dijemput hadir perhimpunan solidariti “Selamatkan Malaysia, Keadilan untuk Anwar” di Parlimen esok (30 Jun).

Berikut adalah butiran perhimpunan:

Tarikh: 30 Jun (Isnin)
Masa: 1:00 petang
Tempat: Parlimen

Perhimpunan ini bertujuan untuk menunjukkan bantahan terhadap fitnah dan ketidakadilan yang berlaku sekali lagi ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Sesiapa …



Suara Keadilan Mohon Terbit Dua Kali Seminggu

Rabu, 25 Jun 2008

Kenyataan Media
25 Jun 2008

Suara Keadilan Mohon Terbit Dua Kali Seminggu

Lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan akan mengemukakan permohonan untuk penerbitan dua kali seminggu dalam masa terdekat agar maklumat parti dapat disebarkan dengan lebih meluas dan pantas.

Keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan permohonan akhbar rasmi PAS, Harakah seharusnya konsisten dan berlaku adil terhadap semua …



DBKL Wajib Batalkan Kenaikan Caj Tempat Letak Kereta

Khamis, 12 Jun 2008

Kenyataan Media Bersama Oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan

DBKL Wajib Batalkan Kenaikan Caj Tempat Letak Kereta

Kami selaku Ahli Parlimen mewakili rakyat di seluruh Kuala Lumpur berasa amat kecewa dengan tindakkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikan kadar caj tempat letak kereta di pusat bandar sehingga mencecah 35% dari 60 sen kepada 80 sen yang …



Press Statement by President of Parti Keadilan Rakyat on World Environment Day 2008

Isnin, 9 Jun 2008

Press Statement by
President of Parti Keadilan Rakyat on World Environment Day 2008
9 June 2008

The theme for World Environment Day 2008 is climate change, which will focus on moving towards a low-carbon economy and lifestyle. The day’s agenda is to:
•    give a human face to environmental issues,
•    empower people to become active agents of sustainable and …



Keputusan Sdr Ezam

Jumaat, 30 Mei 2008

Sebelum ini banyak tekaan mengenai kemungkinan Sdr Ezam menyertai Umno. Dan ada kalangan pengunjung yang memohon reaksi saya.

Kini setelah sah penyertaan beliau bersama Umno maka ingin saya tegaskan bahawa beliau telah lama meninggalkan perjuangan KeADILan - sabelum Kongres dan jelas sebelum PRU12 lalu.

Justeru itu keputusan tersebut adalah hasrat peribadi beliau.

ANWAR IBRAHIM



Kenyataan Bersama Ketua KeADILan, DAP & PAS Mengenai 13 Mei

Selasa, 13 Mei 2008

‘KENYATAAN 13 MEI 2008 BERSAMA KETUA PKR, DAP & PAS’

PADA ULANGTAHUN KE-39 TRAGEDI 13 MEI

Hari ini adalah ulangtahun ke-39 peristiwa berdarah 13 Mei dan ia perlu diiktiraf dan diinsafi secara jujur oleh setiap rakyat Malaysia yang mencintai keamanan dan kedamaian, dan bukannya digembar-gemburkan sebagai satu kebanggaan untuk mana-mana kaum. Rusuhan kaum yang mengorbankan banyak nyawa …



Azizah: Media Bebas Tuntutan Massa

Sabtu, 3 Mei 2008

Media merupakan sumber utama penyibaran maklumat dalam usaha membentuk sebuah negara bertamadun. Justeru kebebasan media adalah antara intipati penting bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Kepentingan peranan media yang bebas ini diakui sejagat apabila 3hb Mei diisytiharkan sebagai Hari Kebebasan Akhbar Sedunia. Satu badan kajian antarabangsa; Freedom House baru-baru ini meletakkan Malaysia pada tangga …



Wan Azizah: Banteras Rasuah Agar Sumbangan Pekerja Ternilai

Khamis, 1 Mei 2008

Presiden Parti KeADILan Rakyat; Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang Parlimen memberikan peringatan bahawa pengisytiharan Mei 1 sebagai cuti umum bagi menghargai sumbangan golongan perkerja tidak memadai. Beliau menyarankan supaya hak dan kebajikan pekerja dijamin didalam dasar-dasar yang digubalkan oleh kerajaan.

Teks penuh perutusan …