Jumaat, 4 Julai 2008

Liputan Khas

Anwar dedah Najib punyai hubungan dengan Altantuya

Khamis, 3 Julai 2008

KUALA LUMPUR, 3 Julai (SK) - Penyiasat persendirian, Balasubramaniam Perumal hari ini mendedahkan Timbalan PM telah melakukan hubungan seks dengan Altantuya.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat KeADILan pagi ini, Balasubramaniam telah memberikan beberapa butiran yang menunjukan hubungan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak bersama dengan Altantuya.

Beliau turut mendedahkan Najib Razak telah memperkenalkan Altantuya kepada Penganalisa Politik, …



Fuziah bersiaran langsung di Astro malam ini

Khamis, 26 Jun 2008

KUALA LUMPUR, 26 Jun(SK)- Ahli Parlimen Kuantan,  Fuziah Salleh akan ke udara dalam progam Sudut Pandang, disaluran 501 Astro pada malam ini jam 8.30 malam.

Beliau akan disertai oleh Ahli Parlimen Batu Pahat (BN), Dr Mohd Puad Zarkashi.

Sudut Pandang ialah sebuah program bicara politik bersama Saudara Kamarul Bahari Harun sebagai moderator.



ADILtv: Anwar saman kerajaan atas prinsip keadilan - Gobind Singh

Rabu, 25 Jun 2008



Langsung dari Parlimen: Dr Wan Azizah Wan Ismail

Rabu, 25 Jun 2008



VIDEO: 4 Ahli Parlimen Berbasikal ke Dewan Rakyat

Isnin, 23 Jun 2008

PARLIMEN, 23 Jun (SK) - Empat Ahli Parlimen hari ini tiba di perkarangan parlimen dengan hanya berbasikal.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, N Gobalakrisnan ( Padang Serai ), Zulkifli Nordin (Kulim) dan Hee Loy Sian (PJ Selatan) tiba kira-kira jam 9.40 pagi tadi.

Perjalanan sejauh kira-kira tiga kilometer itu mengambil masa lebih kurang 40 minit.

Video sumbangan …



MPT KeADILan berhujah di Astro malam ini

Khamis, 19 Jun 2008

KUALA LUMPUR, 19 JUN (SK)- Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard akan berhujah secara langsung menerusi Astro Awani jam 8.30 malam ini.

Rancangan selama 30 minit ini yang dikendalikan oleh  Kamarul Baharin Haron akan membincangkan mengenai persoalan ekonomi melayu yang turut akan menampilkan bekas Ketua Pemuda Umno, Abdul Rahim Thambi Chik.

Astro Awani boleh …



VIDEO Selangor beri gula dan beras percuma

Rabu, 18 Jun 2008

[[Lintas lansung, 4 Petang]]SHAH ALAM, 18 Jun (SK)- Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian beras dan gula percuma kepada rakyat negeri ini dibawah pendapatan RM1500 sempena sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri ini.

Dalam pada itu, sempena sambutan berkenaan juga, pelbagai program telah dirangka dari 18 Jun hingga 22 Jun sempena …



Petrol naik 78 sen, diesel naik RM 1, rakyat masih diam?

Khamis, 5 Jun 2008

Oleh Amin Iskandar

Dengan “ganas”nya kerajaan BN menaikkan harga minyak secara besar-besaran. Petang tadi, Abdullah Badawi membuat pengumuman yang telah menyebabkan stesen-stesen minyak dipenuhi oleh pengguna-pengguna yang berebut-rebut untuk membeli minyak dengan harga RM 1.92 seliter buat kali terakhir.

Pengumuman mengejutkan. Dengan secara tiba-tiba rakyat dikejutkan bahawa harga minyak akan dinaikkan selepas jam 12 malam ini. TV3 …



ADILtv: Respon Ketua Angkatan Muda mengenai beberapa isu

Selasa, 3 Jun 2008

[[VIDEO]]Dalam sidang akhbar di lobi parlimen Khamis lalu, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar mengulas mengenai beberapa isu.

Antaranya ialah bekas Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Noor mengenai kemasukan beliau menyertai Umno, kesetiaan Angkatan Muda pada parti dan isu-isu semasa.

Beliau mengangapan Ezam bukanlah faktor penting, dan sokongan anak muda kepada KeADILan amatlah besar dan menjadi faktor kemenangan …



VIDEO: Penderaan Pelatih Komando di Kem

Khamis, 15 Mei 2008

PARLIMEN, 15 Mei (SK)- Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail hari ini mendedahkan penderaan pelatih komando salah sebuah unit tentera negara.

Saifuddin sebelum ini membangkitkan perkara tersebut dalam sidang parlimen Isnin lalu, tetapi tiada jawapan daripada timbalan perdana menteri, yang juga menteri pertahanan Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Dalam sidang medianya di parlimen pagi tadi, Saifuddin berkata …