Liputan Khas

Langsung Kongres KeADILan

Sabtu, 29 November 2008

Watch live video from anwaribrahim’s channel on Justin.tv

Kongres : 10 Ribu Penuhi Stadium, Presiden SAPP turut hadir

SHAH ALAM, 29 NOVEMBER (SK) - KIRA-KIRA 10,000 Perwakilan, pemerhati dan hadirin memenuhi Stadium Melawati bagi kongres tahunan KeADILan kali kelima.



Ucapan Dasar Memimpin Harapan Rakyat

Jumaat, 28 November 2008

Memimpin Harapan Rakyat

Shamsul Iskandar Mohd. Akin

Bagi pihak Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Malaysia saya mengalu-alukan para tetamu, wakil-wakil Majlis Pimpinan Tertinggi, para perwakilan dan pemerhati, rakan-rakan seperjuangan, ke Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan Malaysia kali kelima ini. Selamat datang!

Kita berkongres kali ini dalam suasana yang …



UCAPAN PERASMIAN TIMBALAN PRESIDEN DR SYED HUSIN ALI

Jumaat, 28 November 2008

KONGRES WANITA DAN ANGKATAN MUDA 2008PARTI KEADILAN RAKYAT

Saya memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dapat merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda pagi ini di tempat yang begitu luas dan selesa. Ini dimungkinkan berkat kemenangan besar kita dalam PRU 12 dan kejayaan Parti Keadilan Rakyat (keADILan) memimpin pemerintahan PAKATAN di Selangor. …



Live Dari Stadium Melawati

Jumaat, 28 November 2008

Siaran Langsung Parti Keadilan Rakyat di www.justin.tv/anwaribrahim
SHAH ALAM, 28 NOVEMBER (SK)-
9PAGI- Timbalan Presiden Syed Husin Ali tiba diiringi oleh Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar dan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin serta exco.

Beliau tiba disambut dengan muzik dari pelbagai kaum serta memeriksa barisan skuad Angkatan Muda.

Dianggarkan kira-kira 2000 berada didalam stadium yang terdiri daripada semua bangsa dan …



Jadual Kongres

Khamis, 27 November 2008

Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat “Harapan Baru”

28-30 November 2008, Stadium Malawati, Shah Alam

28 November 2008 (Jumaat)

Stadium Malawati

Shah Alam

9:00 pagi Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
9:30 pagi Ucapan Perasmian Kongres Wanita Nasional dan Angkatan Muda oleh Timbalan PresidenDR SYED HUSIN ALI


Peta ke Stadium Melawati

Khamis, 27 November 2008



KONGRES 2008: KeADILan Rembau buka gerai untuk kebajikan

Rabu, 26 November 2008

KEADILAN Rembau akan mengutip sumbangan bagi sepertiĀ  pakaian terpakai, Alat Permainan Terpakai, peralatan sekolah pada kongres KeADILan bermula jumaat ini di Shah Alam.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shahrin, barangan tersebut adalah untuk disalurkan kepada mereka memerlukan.

“Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan pakaian terpakai, alat permainan terpakai, peralatan sekolah (beg, kasut dan buku) juga …



JAGA DISIPLIN, IMEJ PARTI NASIHAT SETIAUSAHA AGUNG

Rabu, 26 November 2008

SETIAUSAHA Agung KeADILan, Sallehudin Hashim menasihatkan perwakilan yang menghadiri Kongres Nasional Tahunan Kelima di Stadium Melawati, Shah Alam agar senantiasa menjaga disiplin dan imej parti sepanjang persidangan tiga hari itu.

Beliau menyeru anggota perwakilan dan ahli-ahli parti menunjukkan penampilan diri yang matang dan kemas disamping tidak melakukan perkara yang boleh mencacatkan integriti parti pada pandangan umum.



EKONOMI, POLITIK AGENDA UTAMA KONGRES

Rabu, 26 November 2008

KONGRES Nasional Tahunan Kelima akan menumpukan kepada agenda politik dan ekonomi yang dilihat sebagai isu utama yang dihadapi negara masa kini.

Isu-isu lain seperti sosial, pendidikan dan agama dijangka akan disentuh dalam ucaptama Presiden, Dr Wan Azizah Wan Ismail menurut Setiausaha Agung, Sallehudin Hashim.



Persiapan Kongres KeADILan berjalan lancar - SU Agung

Selasa, 25 November 2008

KONGRES ke5 KeADIlan bakal menyaksikan perwakilan daripada 110 Bahagian dari seluruh pelusuk negara dan secara tidak langsung ia akan menjadi perhimpunan kongres terbesar pernah dianjurkan.

Setiausaha Agung KeADILan, Sallehudin Hashim berkata dianggarkan lebih 2000 perwakilan dari Bahagian akan berkumpul di Stadium Malawati, di Shah Alam, tempat Kongres berkenaan akan diadakan dari 28 hingga 30 November ini.

Menurut Sallehuddin, semua perancangan dan persediaan sudah dimulakan sejak 10 hari lalu dan persediaan yang dilakukan adalh untuk memastikan Kongres kali ini lebih tersusun dan juga meriah.