Rabu, 8 Oktober 2008

Pilihanraya 2008

Pakatan Pilihanraya dan Kerjasama Demi Membina Malaysia yang Baru

Ahad, 9 Mac 2008

Kuala Lumpur, 9 Mac - Dalam tempoh pasca-pilihanraya yang begitu penting ini, Parti Keadilan Rakyat berazam penuh, dengan tekad yang padu, untuk bekerjasama dengan pasangan-pasangan mereka dengan semangat muafakat yang jitu. Di samping itu, bertepatan dengan persefahaman yang telah mereka capai dengan pasangan pilihanraya kami, DAP dan PAS, KeADILan tidak menggalakkan sebarang spekulasi tentang calon-calon …



Kemenangan KeADILan di Pilihanraya Ke-12

Ahad, 9 Mac 2008

Kuala Lumpur, 9 Mac - Satu Era baru telah tercipta pada hari ini. Pihak Pembangkang telah menafikan Barisan Nasional daripada memegang 2/3 kerusi di Parlimen. KeADILan telah memenangi sebanyak 31 kerusi Parlimen dan 40 kerusi negeri.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah sidang media semalam telah menyampaikan penghargaan setinggi-tinggi beliau kepada rakan-rakan seperjuangan dan rakyat Malaysia …



7,000 Pengundi Desa Mentari Dikepung FRU

Sabtu, 8 Mac 2008

Kerajaan mengerahkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengepung ribuan pengundi di Desa Mentari Sunway yang tidak berpuas hati kerana terhalang dari membuang undi di Dun Sri Setia, Parlimen Kelana Jaya.

Jumlah keseluruhan pengundi di Desa Menteri mencecah 7000 orang dan Premis Pusat Undi PJS 6 Timur yang sempit mereka terpaksa bersesak-sesak dan menunggu terlampau lama untuk membuang …



Berita Ringkas Pilihanraya 2008 (2)

Sabtu, 8 Mac 2008

UMUM: 58% keluar mengundi

Sehingga jam 4 petang tadi, kira-kira 58 peratus daripada 10.9 juta yang layak memilih telah keluar pengundi, lapor MalaysiaKini.

Proses pengundian berjalan lancar kecuali di tiga lokaliti di Hulu Rajang, Sarawak di mana bot yang membawa pasukan petugas pilihanraya terbalik akibat arus sungai yang deras.

Parlimen Ampang:Terdapat maklumat pengundi hantu

Menurut Ketua Penerangan KeADILan …



Identiti dua pengundi dicuri hantu di Rawang

Sabtu, 8 Mac 2008

Di Dun Rawang, Selangor, Cikgu Razak memaklumkan bahawa dua orang pengundi dihalang dari mengundi setelah mendapati identiti mereka dicuri oleh ‘hantu’ untuk membuang undi di Pusat Undi Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) San Yuk, Rawang pada pukul 10.30 pagi tadi. Kecurian identiti ini ini disahkan oleh SPR.

Salah seorang daripada mangsa kecurian tersebut enggan bekerjasama setelah diugut …



Keganasan Polis Di Rusila: 1 Parah Ditembak Polis

Sabtu, 8 Mac 2008

Kedamaian kota Rusila, Terengganu bertukar tegang apabila polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak menyuraikan dengan ganas 5000 penyokong Pas yang mahu menunaikan undi.

Polis melepaskan 50 das pemedih mata kearah orang-ramai dan FRU dikerah memburu mereka yang bertempiaran lari.

Lebih 5000 penyokong Pas termasuk Presiden Pas Abdul Hadi Awang terperangkap dalam serangan polis itu.

Dalam kejadian itu, …



Tindakan biadap, poster di Rembau dikoyak

Sabtu, 8 Mac 2008

Sumber antikhairy.blogspot.com



Berita Ringkas Pilihanraya 2008 (1)

Sabtu, 8 Mac 2008

Anwar Ibrahim undi pertama kali selepas 13 tahun

Di Parlimen Permatang Pauh, Ketua Umum KeADILan menyatakan rasa gembira beliau dapat mengundi buat pertama kali sejak 1995. Beliau dan Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail membuang undi di Pusat Undi SM Penanti jam 10.45 pagi.

Anwar berkata mood “sangat baik” buat pembangkang.

Info daripada Gombak

Para pengundi berpusu-pusu …



Foto-foto hari pengundian

Sabtu, 8 Mac 2008

Berikut diantara foto yang dapat dirakam oleh kami di beberapa kawasan.

Lembah Pantai:

lagi gambar menyusul



Anwar Tunjuk Kuasa 50,000 Rakyat Kepada BN

Jumaat, 7 Mac 2008

Lembah Pantai gempita dengan sorakan ‘Reformasi’ seperti halilintar memecah hujan lebat dan angin rebut. Perhimpunan Malam Kemuncak Kebangkitan Rakyat menyaksikan ke hadirin lebih 50,000 manusia menyahut seruan Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim.

Pada malam 6 Mac itu, jalan sesak di Lebuhraya Pantai Baru dari Bangsar menuju lokasi berhampiran Pangsapuri Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Limau. Jalan terlalu …