BN Gagal buktikan pembabitan Dr Jeffrey dalam skandal RM4 Bilion

Selasa, 27 November 2007 • Kategori: Forum Pembaca

chau-chin-tang.JPG

Chau Chin Tang menyampaikan ucapan

Oleh: Mail Mathew

KENINGAU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sembulan, Chau Chin Tang ,menyifatkan usaha segelintir pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah yang cuba mengaitkan Naib Presiden KeADILan, Dr Jeffrey Kitingan berhubung penglibatan beliau ketika era kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam skandal kehilangan wang simpanan yang berjumlah RM 4 Billion adalah gagal.

Menurutnya, Barisan Nasional sehingga kini gagal untuk menunjukkan bukti pembabitan itu dan seterusnya mengheret Dr Jeffrey ke muka pengadilan.

Beliau optimis bahawa rancangan untuk mengaitkan nama Dr Jeffrey itu adalah suatu taktik yang terancang yang didalangi oleh segelintir pemimpin Umno dan BN negeri yang mempunyai agenda tertentu yang terselit disebalik rancangan tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Panel Guaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Sabah berkata demikian pada 18 November lalu, dihadapan kira kira 200 ahli dan penyokong KeADILan di kawasan daerah mengundi Meninipir, kediaman Wong Sui Fah Kg Batu 27 lebih kurang 5km dari pekan disini.

Chau seterusnya berkata, keberanian dan kelantangan Dr Jeffrey untuk menyuarakan hak hak dan membela masa depan rakyat dinegeri Sabah, telah membuatkan beberapa pemimpin UMNO dan BN diSabah merasa gentar dan gusar.

Kerana itu, mereka (BN) mencari jalan untuk menghalang Dr Jeffrey dari terus bersuara termasuklah menghalang beliau menyertai ataupun menguasai teraju kepimpinan sesebuah parti dalam komponen BN seperti mana yang pernah berlaku sebelum ini.

“Maka itulah sebabnya Dr Jeffrey sering berpindah parti kerana beliau mahu mencari landasan yang baik untuk terus memperjuangkan hak rakyat yang telah tertindas akibat kukuh besi BN,”katanya.

“Kerana parti tempatan yang berada dalam komponen BN termasuklah Parti Bersatu Sabah tidak berani bersuara lantang lagi, Dr Jeffrey terus konsisten dalam perjuangannya dan terus memberi komitmen untuk menyertai KeADILan,” jelas beliau.

Tambah beliau lagi, kehadiran UMNO yang menunjangi kerajaan BN diSabah ketika ini, telah banyak merobek benteng pemisah hak dan keistemewaan rakyat di Sabah seperti mana yang terkandung dalam 20 perkara sebagai asas kepada pembentukkan Malaysia yang dibuat kira kira lebih 40 tahun lalu, yang antara lain meliputi perkara perkara seperti kuasa Imigresen, Pelajaran, sumber sumber galian dan hak menerajui jawatan jawatan tertinggi diSabah.

Terdahulu, Timbalan Ketua Bahagian KeADILan Keningau, Jius Awang menggesa kerajaan BN khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia supaya mengkaji semula kesan pelaksanaan pengumuman didalan Bajet 2008 yang melibatkan pemansuhan bayaran yuran persekolahan, yang dianggapnya sebagai satu pembohongan besar kepada rakyat.

Beliau berkata, apa yang sebenarnya berlaku hanya bayaran yuran khas sebanyak RM4.50 sahaja yang dimansuhkan tetapi para ibu bapa masih membayar RM150.00 keatas yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang lebih 10 kali ganda daripada jumlah yang dimansuhkan.

“Saya anggap pengumuman Perdana Menteri itu sebagai satu retorik semata mata dan bertujuan untuk memancing sokongan rakyat kerana pilihanraya umum telah berada dipenghujung jalan,” katanya.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.