Ketua AMK utus surat mohon pelepasan pengundi

Sabtu, 23 Ogos 2008 • Kategori: Angkatan Muda, P44 Permatang Pauh

PERMATANG PAUH, 23 JULAI (SK) - KETUA Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengutuskan surat kepada sebuah syarikat swasta, Southern Steel Bhd bagi memohon perlepasan bagi pekerja syarikat berkenaan membuang undi pada 26 Ogos ini.

Dalam surat yang bertarikh 22 Ogos itu, Shamsul turut menulis dua akta yang mewajibkan majikan memberi perlepasan kepada pekerja. Akta berkenaan adalah seperti berikut;

25. (1) Tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi, membenarkan suatu tempoh yang munasabah bagi tiap-tiap pemilih yang bekerja dengannya mengundi, dan tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penalti oleh sebab dia tidak hadir bekerja dalam tempoh itu.

(3) Mana-mana majikan yang, secara langsung atau tidak langsung, enggan memberi, atau dengan intimidasi, dengan pengaruh tak wajar, atau dengan apa-apa cara lain, mengganggu pemberian suatu tempoh yang berpatutan untuk mana-mana pemilih yang bekerja dengannya mengundi, sebagaimana yang diperuntukan dalam seksyen ini, boleh apabila disabitkan secara terus dikenakan denda sebanyak lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama satu tahun.

Surat berkenaan turut memetik, Pakatan Rakyat dan Kongress Kesatuan Sekerja (MTUC) terus komited dengan agenda merakyatkan ekonomi melalui Agenda Ekonomi Malaysia dan matlamat berkenaan hanyatalah boleh dilaksanakan dengan kuasa undi.

“Komitmen berterusan Pakatan Rakyat dan MTUC untuk memperjuangkan kestabilan ekonomi saban waktu adalah bukti betapa kita komited untuk memastikan bahawa semua pihak terus menikmati iklim ekonomi yang kondusif. Justeru, matlamat ini perlu diterjemahkan melalui kuasa undi, dan akan menghasilkan impak pada 26 Ogos ini,” katanya.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.