Jumaat, 4 Julai 2008

Berita Terkini Melalui RSS

Apakah RSS?

RSS merupakan satu format yang digunakan untuk pengedaran dan pengumpulan maklumat dan kandungan daripada sumber-sumber internet seperti akhbar, majalah dan blog. RSS membolehkan anda mendapatkan kandungan terkini daripada sebuah laman web secara automatik setiap kali ia dikemaskinikan. Anda boleh mendapatkan tajuk berita, video ataupun audio yang terkini daripada satu lokasi, tanpa perlu mengunjungi setiap laman secara dari mana pautannya diperolehi.

Penggunaan RSS

Untuk menerima saluran berita melalui RSS, anda perlu mendapatkan satu perisian pembaca ataupun News Reader. Pada masa ini, terdapat pelbagai jenis perisian pembaca yang boleh didapati dan sesetengah pelayar web yang popular seperti Firefox dan Opera juga menyepadukan perisian pembaca kedalam pelayar tersebut.

Sesetengah laman web portal juga menyediakan kemudahan ini seperti iGoogle, My Yahoo dan My MSN. Anda juga boleh muat-turunkan perisian pihak ketiga untuk menerima saluran RSS.

Satu senarai perisian yang boleh dimuat-turunkan dan digunakan secara percuma boleh didapati di laman SnapFiles.

Lazimnya, laman web yang menyediakan perkhidmatan saluran RSS akan mempamerkan ikon RSS seperti di bawah ataupun pautan teks di laman mereka:

Simbol RSS