Zuraida : Dari rakyat kepada rakyat
Jumaat, 25 Julai 2008 • Kategori: Dari Blog Pemimpin, Eksklusif, Liputan KhasSIMPATI ini yang saya dapat simpulkan sewaktu turut sama mengikuti lawatan ke rumah warga tua berhampiran Kg Baru Cina. Atas keperihatinan beliau bukan sebagai Ahli Parlimen tetapi sebagai wanita yang bergelar ibu beliau meluangkan sedikit masa berada di rumah orang tua untuk menghiburkan hati warga tua yang berada di sana.
Tak kira bangsa serta agama keperihatinan beliau jelas mendapat perhatian warga tua yang berada di sana. Jelas terpancar sinar harapan serta kegembiraan warga tua tersebut apabila ada yang masih mengambil berat terhadap mereka yang semakin di sisihkan.
Sedih terasa di hati kecil saya apabila mengenangkan nasib mereka yang rindu serta dahagakan kasih sayang seorang anak yang di tinggalkan. Bagaimana jika kita merupakan salah seorang dari mereka. Ditinggalkan anak-anak. Hanya sebatang kara di dunia ini, menunggu saat untuk pergi dengan penuh kehampaan.
Ada seorang warga tua yang mengemas barang kelengkapan sejurus melihat Puan Zuraida dan membisikkan suara kecilnya untuk membawanya pulang berjumpa anak-anak di rumah.
Walaupun berada di sana tidak sampai setengah hari namun ke akraban beliau seolah-olah seperti sudah ada ikatan. Kemesraan beliau, keperhatinan beliau, serta ikatan kasih dan sayang serta kesedihan jelas terlihat di wajah beliau yang kental namun lemah di hati kecil.
Hari ini merupkan hari yang tak dapat di lupakan Puan Zuraida kenangan beliau serta persahabatan beliau tidak akan berakhir sampai di sini sahaja. Insyallah ada kelapangan masa saya pasti melawat rakan-rakan saya lagi insyaallah kata beliau.
Sebelum beliau meninggalkan mereka Puan Zuraida menyerahkan sedikit sumbangan kepada semua rakan-rakan beliau tanda ingatan serta membantu meringankan beban mereka.
Dikesempatan ini beliau juga berpesan kepada semua agar sentiasa menghargai pengorbanan serta kasih sayang ibu dan ayah kita sewaktu membesarkan kita jangan dilupakan keperitan ibu yang mengandung untuk melahirkan kita. Tanpa mereka kita tiada di sini. Jangan sesekali mensisihkan mereka dan berilah kasih serta sayang kita terhadap mereka selagi mereka ada di samping kita.
Blog Zuraidah blog dikunjungi di http://www.p99ampang.com














Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
