Kempen makin licik, pertukaran kad pengenalan dengan duit
Khamis, 21 Ogos 2008 • Kategori: P44 Permatang PauhOleh:Amiruddin Ahmad
PERMATANG PAUH, 21 OGOS (SK)- Kes memberi wang dan menukarkan dengan kad pengenalan dikhabarkan sedang berleluasa diPermatang Pauh.
Namun sehingga berita ini ditulis belum ada pihak yang berani tampil untuk membuktikan kes ini berlaku walau pun digembar gemburkan oleh beberapa pihak.
Timbalan Ketua Bahagian Batu Kawan Dr Joyse Lee Yush Choo, menjelaskan bahawa terdapat maklumat bahawa kejadian ini berlaku di kampung Pertama di mana jadual pemberian wamg ini dilakukan di salah sebuah khemah milik Barisan Nasional di situ dan berlaku antara jam 8 pagi ke 2 petang pada 20 Ogos.
“Malah ada aduan di mana budak-budak yang menunggang motosikal diberi RM100 dan juga para penjaja di beri RM500 dan diambil kad pengenalan sebagai ganti untuk tidak keluar mengundi” demikian jelas Dr Joyce lagi.
Turut hadir ialah bekas exco wanita MCA pusat Felicia Ling L.F, yang turut bersama dalam kempen di Permatang Pauh.
Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
