Najib disambut ‘boo’ dan laungan reformasi

Selasa, 26 Ogos 2008 • Kategori: P44 Permatang Pauh

[12.30 petang]Hampir setiap lawatan Najib sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil P44 Permatang Pauh, Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak di’boo’.

Di Sekolah Rendah Kebangsaan Permatang To Kandu, Permatang Pasir pagi ini, Najib juga sambutan ‘boo’ ketika melawat bilik gerakan yang berhampiran.

Selain kata-kata biasa yang didengar seperti Altantuya dan C4, Najib juga memekakan telinga kerana laungan ‘Reformasi’.

Beliau juga dijangka akan di boo di semua lokasi yang beliau lawati hari ini.

Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat lebih kreatif untuk menangani provokasi BN. Bukan sahaja membawa banner dan bendera, Pakatan Rakyat turut membawa kain pelekat dan batik serta menayangkan wang ringgit kepada penyokong BN.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.